Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

5 Jenis Blog Yang Anda Harus Tahu

5 Jenis Blog Yang Harus Anda Tahu | Salam Sejahtera,

Hari ini aku cuba ingin mengupas jenis-jenis blog yang ada. Sebelum kita membuat dan membina blog kita harus tahu apakah jenis blog yang ingin kita bangunkan.

Dengan mengetahui jenis blog yang akan dibangunkan ia akan memudahkan kita untuk menetapkan matlamat dan seterusnya mencapai matlamat kita berblog.

HotStrategi Jana Pendapatan 4-5 Angka Dengan Affiliate
Jenis Blog

5 Jenis Blog Yang Anda Perlu Tahu : Image Google

5 Jenis blog yang harus anda tahu

1. Blog Peribadi

Blog peribadi atau bahasa kampung aku “Personal Blog” adalah merupakan blog yang berkongsi tentang perihal peribadi dan juga diari hidup yang dikongsikan kepada umum.

Jika anda ingin membangunkan blog peribadi kebanyakkannya bukan bertujuan untuk mendapatkan duit dari berblog.

Aktiviti blog anda hanya untuk suka-suka dan bagi mengisi masa lapang yang ada. Walaupun tidak mendapat pendapatan dari blog anda tetap gembira melakukan aktiviti berblog..

Seperti kata otai dan senior kita dalam dunia blogging Encik Titan “Blog personal susah nak buat duit”. Encik Titan juga menulis ebook “Kitab SEO Merah Jambu“. Nak buat duit dengan blog cepat beli ebuku beliau.

2. Blog Autoriti

Blog autoriti atau “authority blogs” pula kebiasaan menulis berdasarkan topik-topik tertentu. Biasanya blog jenis ini di tulis dan dibangunkan oleh blogger yang serius.

Mereka ingin menjadi pakar dalam topik yang mereka tulis. Jika dikaitkan dengan kata kunci, blog autoriti tidak mementingkan kata kunci. Bermakna mereka tidak membuat reset kata kunci seperti mana mereka yang ingin membuat blog niche.

Contoh :
Blog Problogger (blog autoriti dunia blogging)
Blog TechCrunch (blog autoriti dunia teknologi)
Blog Amanz.my (blog autoriti Malaysia Berkaitan Teknologi)

3. Blog Niche

Blog niche pula ialah blog yang dibangunkan oleh mereka yang serius untuk membuat duit dengan blog.

Jika anda ingin membuat blog niche anda perlu membuat reset kata kunci utama yang disasarkan. Selepas membuat reset kata kunci dari proses memilih domain sehingga membuat isi kandungan ia memerlukan anda fokus dengan kata kunci yang disasarkan.

Blog niche kebanyakkannya mensasarkan pengunjung dari enjin carian terutamanya google. Dan tujuan utama anda membina blog niche adalah untuk membuat duit dari blog.

Blog niche berbeza dari authoriti blog kerana blog niche lebih fokus kepada kata kunci manakala blog autoriti lebih kepada menjadi pakar dalam topik yang dibincangkan.

4. Blog Syarikat atau Perniagaan.

Blog jenis pula ialah merupakan blog yang dibangunkan oleh syarikat dan web perniagaan. Blog jenis ini di buat bagi melaporkan aktiviti syarikat, tawaran dan perkembangan terkini syarikat.

Biasanya syarikat yang mempuanyai laman web akan disokong oleh blog mereka.

Contohnya ialah seperti Blog InfoLink dan Blog The Payoneer

5. Blog SPAM

Blog SPAM pula adalah merupakan blog yang dibuat tidak mementingkan kualiti konten. Biasnya blog seperti ini di buat sebagai blog automatik dengan mengambil konten orang lain dan dimasukkan dalam blog mereka.

Blog SPAM biasanya dibuat menggunakan software atau plugin. Tujuannya dalah untuk membuat duit dengan blog tapi menggunakan cara yang salah. Ada banyak software dan plugin yang dijual untuk membina blog seperti ini.

Kesimpulan.

Mungkin ada lagi jenis blog yang ada dan tidak disenaraikan di sini. Aku rasa 5 Jenis blog ini cukup untuk menentukan apakah jenis blog kita.

Bergantung kepada tujuan anda berblog. Dengan adanya tujuan berblog anda boleh menentukan jenis blog yang anda bina supaya tidak membuang masa anda.

Banyak kesilapan aku dalam dunia blog. Ada tujuan berblog tapi tidak tahu apakah jenis blog yang hendak dibina. Masa terbuang. Akhirnya blog terkubur. Nak bangkit semula memerlukan usaha baru.

Apa pandangan anda, tinggalkan diruangan komen.

HotStrategi Jana Pendapatan 4-5 Angka Dengan Affiliate

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

18 Comments

Add a Comment
  1. Hmm agak-agak blog saya kat mana letaknya ehh .. pening dah ni ..
    ENTRI Hasrul Hassan ☛ Langkah Lari-Lari Anak Dapat Income Dengan BlogMy Profile

    1. Munkin boleh dikategori sbg blog autoriti. macam blog Problogger…Tq HH sudi tinggalkan komen.
      ENTRI Wira Merah ☛ Selamat Menyambut Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

  2. Salam sejahtera. Bro Titan kata blog personal susah nak buat duit, tapi dia banyak buat duit dari blog personal dia….
    ENTRI ahmadyani ☛ Hasil Mahsul Negara Hilang!My Profile

    1. Nampak macam blog personal bro, tapi dia tanam dalam blog tu niche “buat duit dengan blog”. Sangat sedikit dia cerita pasal peribadi. Kalau ada yg peribadi pun. Masih lagi berkaitan dengan buat duit dgn blog….mmg tak lari. Ini yg aku perhatian di blog earncent dan ahmadfaizal..lagipun Titan ni ada banyak blog ho..ho..ho..yg kita tak tahu, yg dia tak dedahkan…ini yg aku dpt tahu dari apa yg beliau tulis kat 3 blog bahasa melayu nya.

  3. Kalau blog saya jenisnya gado gado atau blog yang tidak mengacu pada niche tertentu atau hanya pada satu niche tapi macam-macam jenis tergantung topic apa yg ingin saya post, jdi intinya konten blog saya suka suka saya artikelnya..
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Apa Sih Blog ItuMy Profile

    1. Blog personal memang gado gado isinya mas…
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  4. Blog personal mungkin masih boleh buat duit kalau kena dengan cara pengolahannya..sekadar pendapat ihklas saya.. 🙂
    ENTRI Hairul Azni ☛ Penjadualan Temuduga Bagi Jawatan Penguasa Kastam Gred W41My Profile

    1. Ya, masih boleh buat duit. Tapi lebih mudah lagi jika membangunkan blog niche khas untuk buat duit.

  5. kategori blog aku pula..ntah apa-apa ntah..hahaha
    ENTRI blogger lelaki ☛ Bagaimana Cara Mesin ATM Di GodamMy Profile

    1. Blog aku pun sama bro, utk masa depan mmg ada plan nak buat blog niche…masih menuntut ilmu ni….

  6. haha..

    ada cara nak buat duit dengan blog peribadi.

    tapi kena tahu dulu lah. hoho..
    ENTRI titan ☛ Ganesh, Cekodok Milo dan Roti Telur Double Telur.My Profile

    1. Ho..ho..ho…ni yg payah ni. Kena banyak uji kaji.

  7. blog saya main belasah kerana ia tempat terbaik saya berkongsikan ilmu…belum dapat duit tetapi dapat pahala kira ok gak!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Cuba Template Percuma Mesra SEOMy Profile

    1. Pelan-pelan kayuh bro..akupun tengah berusaha menempatkan diri dalam dunia blogger Malaysia ni..

  8. Blog saya pula dalam kategori blog kesihatan. Adakah blog jenis ini boleh jadi blog yang popular. Tapi kalau tak popular pun takpe asalkan dapat pahala sebab berkongsi ilmu.

  9. Info pasal blog yg ringkas n.padat. Saya pun baru belajar teknik seo ni. Saya buat Blog utk perniagaan.. Tapi nak ada niche juga… Tamak sgt tak.. Huhuhu
    ENTRI Safiya ☛ Cara Makan Lecithin dan Alfalfa ShakleeMy Profile

    1. Kalau blog perniagaan, niche berkaitan produk yg di jual. Mudah nak fokus. Semoga berjaya…

  10. Tak tahu dalam kategori mana, blog perniagaan kot
    ENTRI Miracle Vitamins ☛ Cara Hilangkan Parut JerawatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme