Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

5 Kelebihan Beriklan Di Google Adwords

Kelebihan Iklan Google Adwords

Iklan adalah merupakan satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan oleh peniaga. Tanpa pengiklanan bisnes yang dibuat tidak akan berkembang dengan lebih berkesan. Jika kita lihat jenama-jenama yang terkenal seperti KFC, McDonald, Coca-cola, Celcom, DiGi, Maxis semua syarikat terkenal ini masih lagi mengiklankan produk dan jenama mereka. Antara platform pengiklanan yang mereka gunakan ialah Google Adwords.

Kenapa mereka perlu beriklan, ini adalah kerana IKLAN adalah nadi sesebuah perniagaan. Berhenti kita beriklan bermakna kita sedang membunuh secara diam perniagaan kita sendiri.

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga kecil. Perlukah mereka mengiklankan perniagaan dan produk mereka ? Jawapannya ialah Ya. Jika TIDAK lebih baik anda berhenti dari berniaga.

Ada banyak cara untuk iklan,cara tradisional adalah menggunakan ruangan iklan dalam surat khabar, majalah, tv dan radio. Sekarang ini peniaga-peniaga banyak mengiklankan perniagaan dan produk mereka di laman sosial seperti facebook, IG, tweeter, whatsapp dan telegram. Ada sesetengah peniaga yang berjaya menggunakan cara ini dan ada juga yang gagal.

<<<PANDUAN GOOGLE ADWORDS>>>

google-adwords

Sumber Gambar : Google Image

5 Kelebihan Beriklan Di Google Adwords

Google juga ada penyediakan perkhidmatan pengiklanan berbayar seperti facebook ads dan IG ads. Ini adalah merupakan satu lagi platform yang ada untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan kita. Jangan lepaskan peluang yang telah tersedia untuk mengembankan perniagaan kita tanpa batasan. Di bawah ini saya akan cuba mengupas secara ringkas apakah kelebihan beriklan di google adwords.

1. Kos iklan yang berpatutan

Antara kelebihan beriklan di google adwords adalah kos iklan yang berpatutan dan murah. Dengan beriklan di google adwords dan sesuai dengan kata kunci yang dipilih. Dengan kos pengiklanan yang murah dan berpatutan google adwords semestinya menjadi pilihan peniaga-peniaga kecil yang mempunyai kos yang rendah. Ini kerana dengan kos iklan yang rendah peniaga-peniaga dapat memaksimakan keuntungan dari peniagaan yang mereka buat.

2. Informasi produk dapat di iklankan ke seluruh dunia.

Selain dari itu, peniaga juga dapat mengiklankan produk mereka ke seluruh dunia. Walaupun hanya peniaga kecil-kecilan tapi mampu memasarkan produk keperingkat antarabangsa. Ini adalah kelebihan apabila kita bijak menggunakan platform pengiklanan yang sesuai. Dengan adanya Google Adwords ini orang kampung pun boleh mengiklan belacan sehingga keluar negera.

3. Dapat di ubah pada bila-bila masa.

Tidak seperti beriklan cara tradisional seperti di surat khabar, majalah, televisyen atau radio. Ayat iklan tidak dapat diubah. Dengan beriklan secara online di google adwords iklan boleh diubah mengikut kesesuaian. Jadi iklan yang dibina akan lebih efektif. Sangat sesuai dengan peniaga yang masih baru dan lama. Walauoun tidak pandai menulis ayat iklan yang berkesan kita boleh mencuba dan mengubah ayat yang digunakan.

4. Mudah digunakan.

Kelebihan seterusnya ialah google adwords mudah digunakan. Walaupun anda masih baru lagi menggunakan google adwords ia sangat mudah untuk digunakan. Jadi tiada masalah bagi yang masih baru dan baru berjinak-jinak dengan google adwords. Yang penting anda sudah mempunyai email dari google. Anda boleh gunakan emel dan password yang sama untuk login ke google adwords tanpa perlu mendaftar semula. Anda juga boleh dapatkan Panduan Adwords KLIK DISINI.

5. Dapat meningkatkan keuntungan.

Ini kelebihan yang terakhir. Meningkatkan pendapatan. Jika kita menggunakan banyak medium pengiklanan maka jumlah prospek kita juga akan bertambah. Jika prospek ini bertukar menjadi pelanggan kita. Semakin banyak prospek semakin banyak pelanggan yang kita akan dapat. Seterusnya akan membawa lebih banyak keuntungan. Semua orang bisnes mahukan keuntungan. Tingkatkan keuntungan dengan menambah medium pengiklanan dengan menggunakan google adwords.

Sebagai peniaga kita perlu mengiklankan peniagaan dan produk kita menggunakan platform yang sesuai dengan bajet. Jika kita tidak mampun untuk mengiklankan peniagaan kita di televisyen dan radio kerana kos yang agak mahal. Marilah mencuba cara yang lebih berkesan seperti di Google Adwords. Tambahkan tempat pengiklanan anda untuk mengembangkanlagi potensi perniagaan anda.

Klik Link ini untuk dapatkan Panduan Adwords KLIK DISINI.

 

1 Comment

Add a Comment
  1. Saya setuju dengan ulasan,tentunya dengan sedikit modal dengan berikalan bisa saja kita dapatkan hasil yang lebih besar
    ENTRI karpet lantai ☛ VINYL RUMAH SAKITMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2018 | Follow Google+ Wira Merah