Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Di Facebook

5 Langkah Memulakan Perniagaan di Facebook | Salam Sejahtera,

Kini kebanyakkan peniaga memilih facebook sebagai satu medium untuk mereka berniaga. Namun begitu berniaga di Facebook jika silap langkah boleh menyebabkan akuan anda di banned oleh pihak facebook.

Belajar cara yang betul untuk berniaga di facebook adalah wajib bagi membantu anda meningkatkan jumlah jualan dan terhindar dari akaun anda di banned oleh pihak facebook. Dan jangan lupa juga dengan pesaing anda. Tidak semuanya berhati baik. Jadi berhati-hati. Atau anda boleh baca lanjut entri INI.

Perniagaan Di Facebook

5 Langkah Memulakan Perniagaan di Facebook | Google Image

HotDownload SEKARANG Video Mudahnya Berniaga Di FB

5 Langkah Memulakan Perniagaan di Facebook

Bagi yang ingin memulakan perniagaan di facebook ikuti langkah mudah di bawah.

Langkah 1:

Tentukan produk yang anda mahu jual. Ia boleh sama ada produk fizikal, digital ataupun perkhidmatan. Begantung kepada minat anda. Cuba test market dulu.

Jika produk fizikal, anda tidak perlu menghasilkannya sendiri. Sekarang banyak pembekal produk yang menawarkan pakej bisnes yang boleh disertai untuk menjual produk mereka.

Jika produk digital, anda boleh menjual ebook, video, audio, template grafik, template website dan sebagainya. Contoh tempat anda boleh mendapat produk affiliate ialah Ashadee.com dan KlikJer.com .

Anda juga boleh melakukan bisnes berbentuk perkhidmatan seperti menulis artikel, mentadbir FB Page, design grafik dan banyak lagi.

Langkah 2:

Anda perlu ada akaun facebook peribadi dahulu. Jika sudah ada anda hanya perlu buat satuΒ Facebook Page. Langkah ini adalah wajib. Jika belum daftar di facebook mesti daftar dahulu.

Namakan Page anda dengan nama yang menarik dan sesuai dengan bisnes yang anda lakukan. Letakkan gambar profile dan cover photo page yang menarik. Masukkan maklumat penting seperti pengenalan perniagaan anda, cara hubungi dan cara pembelian.

Membuat facebook page tidak mengambil masa yang lama. Dalam beberapa minit sahaja page anda akan siap.

Langkah 3:

Melakukan promosi dengan menggunakan FB Ads. Tiada modal. Anda boleh mulakan dengan promosi di FB peribadi dan di group-group yang membenarkan anda post iklan. Tapi cara percuma ini agak lambat dan mungkin nak melihat kesannya pun lambat. Jadi adalah di sarankan belajar promosi menggunakan FB ads kerana ia lebih berkesan.

Melakukan iklan melalui FB Ads haruslah dengan cara yang betul. Anda perlu mempelajarinya. Sekarang, ramai usahawan berpengalaman menganjurkan kursus, menyediakan panduan berbayar dan juga seminar untuk mengajar teknik iklan FB yang berkesan.

Mengapa FB Ads? Sebab ia cepat dan akan memberikan kita prospek yang betul-betul berpotensi tinggi.

Langkah 4:

Kemaskini (update) post Page secara konsisten. Selain melakukan promosi produk, kongsikan juga ilmu, informasi dan pengalaman yang berguna kepada prospek yang telah Like Page anda.

Apabila menulis ayat promosi di post Page, sebaiknya ia mempunyai kemampuan untuk menjual (menukar prospek menjadi pembeli).

Jika anda tidak dapat menukar prospek menjadi pembeli, banyak LIKE pun tidak ada guna. Prospek tidak berkualiti.

Sekali lagi, anda perlu mempelajari seni copywriting (menulis ayat jualan) daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Ini akan menjadikan perniagaan anda lebih mendapat tempat dibandingkan dengan pesaing anda. Banyak peniaga facebook gagal kerana tidak pandai nak mengayat.

Langkah 5:

Lakukan langkah 3 dan 4 secara konsisten. Dalam masa melakukan proses itu, anda mungkin akan mendapat pembeli dari semasa ke semasa.

Jangan lupa usaha dan terus usaha. jangan pernah kenal erti putus asa. Dan yang lebih penting jangan lokek untuk mengeluarkan modal bagi menuntut ilmu berniaga.

Mudah bukan ? πŸ˜‰

Kesimpulan

Nampak mudah, tapi sebenarnya amat susah dan perlukan kerja keras secara konsisten. Tapi jika anda ingin berjaya melalui jalan yang betul dan telah di uji anda perlu mencari ilmu. Tanpa ilmu anda akan sesat dalam dunia perniagaan di facebook.

Saudara Mohd Zulfadli aka Smart Zul pakar perniagaan online ada menghasilkan Video Mudahnya berniaga di facebook bagi membantu anda untuk lebih maju dalam perniagaan di facebook.

HotDownload SEKARANG Video Mudahnya Berniaga Di FB

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

25 Comments

Add a Comment
  1. kalau ada minat semua boleh jadikan.moga mudahkan hendaknya
    ENTRI suri β˜› Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut HarumMy Profile

    1. Betul tu suri…bersusah2 dahulu..
      ENTRI Wira Merah β˜› 5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Di FacebookMy Profile

  2. orang yang bijak dia akan mudah berjayakan
    ENTRI suri β˜› Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut HarumMy Profile

  3. mudahan maklumat ni dapat memberi manfaatnya pada semua.
    ENTRI Denaihati β˜› Gerhana Bulan BerdarahMy Profile

    1. Itulah tujuannya DH…semoha bermanfaat.
      ENTRI Wira Merah β˜› 5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Di FacebookMy Profile

  4. Kena ada usaha juga untuk maju, nak promote bukan semua orang beli.
    ENTRI Bahrain β˜› DiGi SmartPlan Serendah RM40 SahajaMy Profile

    1. Usaha penting utk maju. Yup, yg pentign promote. Kalau dpt 10% pun yg beli dah kira ok..
      ENTRI Wira Merah β˜› 5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Di FacebookMy Profile

  5. tq for tips2 tu..tp sy percaya, yang penting kita kena rajin dan usaha kearah yang kita nak..in shaa Allah…^_^
    ENTRI cksabihah β˜› Masalah Bau Badan!!! Penyebab dan Tips Menghilangkan Bau BadanMy Profile

    1. Sama2, ya rajin dan usaha tangga kejayaan…
      ENTRI Wira Merah β˜› 7 Kelebihan Berniaga Di FacebookMy Profile

    1. Harap begitulah pahan..
      ENTRI Wira Merah β˜› 7 Kelebihan Berniaga Di FacebookMy Profile

  6. minat yang disertakan dengan usaha yang konsisten dengan izinNYA pasti boleh berjaya.

    1. Minat harus di cari, selagi tak cuba selagi itu kita tak tahu apa minat dan kecenderungan kita…
      ENTRI Wira Merah β˜› 7 Kelebihan Berniaga Di FacebookMy Profile

  7. mungkin perlu juga beternak facebook, dan kalau bisa guna akun facebook bukan pada akun utama sehinggapun di baned facebook masih ada akun yang lain bukan akun utama
    ENTRI Rizkyzone.com β˜› Simple Unique Post Ala Rudyazhar.netMy Profile

    1. Betul juga tu mas, buat backup…
      ENTRI Wira Merah β˜› 7 Kelebihan Berniaga Di FacebookMy Profile

  8. Nampaknya wan kena cari sesuatu bisnes yang boleh dilakukan dengan konsisten.
    Yang ada ni pun setakat tolong-tolong gitu jerk.
    Leh cari income tambahan.

    1. Semoga dapat mencari bisnes yg sesuai dgn jiwa wan…
      ENTRI Wira Merah β˜› 7 Kelebihan Berniaga Di FacebookMy Profile

  9. betul tu kalau fb ads kene plan betul2..kalau tak kang rugi aje duitnya melayang..
    ENTRI zara β˜› Tingkatkan Peluang Hamil Dengan Bayi Kembar Secara SemulajadiMy Profile

    1. FB ads ni mesti study betul2. kalau tidak rugi. Bljr dari org yg berpengalaman..

      1. betul2. bulan lepas ada cuba sekejap. hehe. fikir2 kena beli gak buku ni. kalau tak rugi la.hehe
        ENTRI Pahan β˜› Lawatan Murid Tahun 6 Ke Kuching, SarawakMy Profile

  10. langkah-langkah ni kalau ikut dengan elok..memang leh buat duit kat facebook.
    ENTRI ohcikgu β˜› Exam Online PTD 2014My Profile

  11. Terima kasih tuan byk info yg daya belajar dr blog tuan..Teruskan berkongsi ya
    ENTRI Wina β˜› Bagaimana Menjadikan Shaklee Sebagai KerjayaMy Profile

  12. Hmmm betul byk like tapi x convert jd customers rugi…
    ENTRI Safiya β˜› Cara Makan Lecithin dan Alfalfa ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme