Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

5 Sebab Kenapa Memilih Toneplus ?

Salam Sejahtera,

Tune Talk Tone Plus ! Mungkin ada antara anda yang pernah dengar tentang toneplus ini. Semasa artikel ini ditulis, jumlah ahli yang menyertai program toneplus ialah 39 741 orang. Sejak ia di tubuhkan pada penghujung tahun 2012.

Walaupun aku dah lama sedar tentang kewujudan program ini. Tapi pada masa itu masih lagi menggambil langkah berhati-hati, tunggu dan lihat. Dan akhirnya aku membuat keputusan setelah berbincang dengan isteri untuk menukar simkad kami dengan toneplus. Ini kerana setelah difikirkan balik, setelah menggunakan handphone semenjak tahun 2001 lagi kita hanya menguntungkan orang lain. Dan tiba masanya untuk sama-sama syarikat untuk mendapat keuntungan. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang.

Sim Tone Plus

Simkad Tone Plus

1. Tiada unsur MLM 

Sebenarnya, dalam hati aku dah berniat tidak akan join mana-mana syarikat yang ada unsur-unsur MLM. Cari orang, itu biasalah dalam perniagaan. Kalau tak cari orang takkan nak cari binatang untuk beli barang yang kita jual.

Daripada apa yang aku perhatikan, toneplus tiada unsur MLM. Toneplus menggunaan sistem reverse 2up. Dimana peserta akan dibayar pada level 1 sahaja iaitu sebanyak 13%. Dengan syarat dapat menaja 4 ahli baru di bawahnya.

2. Pendapatan pasif

Ini yang aku minat. Pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini ini bukan bermakna duduk diam dapat duit. Dalam bisnes toneplus ini kita perlu berusaha untuk mencapai sasaran pendapatan yang telah kita sendiri tetapkan. Perlu berusaha seperti menjalankan perniagaan yang lain. Bayangkan kita hanya dibayar sebanyak 13% sahaja daripada topup bulanan perserta di bawah kita. Bermakna kita perlu berusaha dan terus berusaha. Tapi dengan sistem reverse 2up ia memudahkan lagi tugas kita untuk mencapai pendapatan yang diinginkan .

3. Sasaran minimun, pendapatan maksimum.

Melalui sistem reverse 2up, kita disarankan untuk mencapai sasaran minimum iaitu menaja 4 orang dibawah kita. Melalui sistem ini, jika setiap orang bertanggungjawab dan mencapai sasaran 4  pengguna baru di bawah mereka. Pendapatan kita juga akan berkembang. Bagaimana kalau tidak mencapai sasaran 4 orang. Kita juga akan dibayar tapi hanya 3% sahaja.

Dengan adanya sasaran ini juga ia menjadi satu garis panduan untuk kita sama ada untuk meneruskan sebagai pengguna sahaja atau sebagai usahawan toneplus. Jika dapat capai 4 anda telah melangkah kedepan dengan jayanya dalam toneplus.

4. Prospek yang luas.

Cuba perhatikan disekeliling kita. Hampir setiap rakyat Malaysia mempunyai handphone. Tak kiralah sama ada handphone murah atau mahal. Ini bermakna jika mereka pengguna handphone, mereka adalah prospek kita.

Aku lihat bisnes ini adalah merupakan bisnes yang pasarannya sangat luas . Ada banyak prospek. Dan yang menariknya ialah kelayakkan untuk menyertai program ini seawal umur 12 tahun. Ini kerana kita sedia maklum, bukan sahaja orang dewasa malah budak-budak sekolah rendahpun dah menggunakan handphone.

Ini adalah peluang untuk menambah wang saku mereka. Dan yang lebih penting persediaan untuk kita menyediakan wang simpanan untuk mereka melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi.

5. Sistem Yang Bekerja

Point kelima ini adalah berkaitan dengan kumpulan. Aku menyertai Smart Group. Di mana admin telah menyediakan alat untuk memudahkan peserta membuat promosi, berkongsi pendapat, pengalaman untuk mencapai kejayaan.

Antara yang disediakan ialah laman web promosi SmartTonePlus.com. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma dan boleh mula membuat promosi. Anda boleh test sistem. Bagi aku yang banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan suka online, ini adalah pilihan yang terbaik untuk aku.

Setelah mendaftar anda akan diberikan url sendiri untuk anda promosi. Semua maklumat berkenaan dengan program toneplus ini ada di sana. Tugas anda hanya promosi link url anda sahaja. Sistem akan membuat kerja seperti follow up prospek, pendaftran ahli baru toneplus, penghantaran simkad dan macam-macam lagi kerja lain anda tidak perlu lakukan.

Selain itu mereka juga menyediakan support grup khas di FB untuk ahli smart group. Kerja kita menjadi semakin mudah. Dengan cara ini, anda tidak akan terlalu bergantung dengan upline anda. Ini kerana admin dan ahli kumpulan akan sama-sama saling membantu untuk melihat kejayaan ahli dalam kumpulan Smart Group.

➽ DAFTAR SEKARANG

Kesimpulan

Selain dari 5 sebab di atas. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan lain yang ada pada program toneplus ini. Anda boleh baca di SINI. Apa yang aku tuliskan ini adalah merupakan pendapat aku berkaitan dengan program toneplus. Setiap orang ada sebab kenapa memilih perniagaan yang hendak dijalankan. Apapun perniagaan yang kita buat, niat itu yang penting.

Pendapat anda amat diperlukan di sini. Tinggalkan diruangan komen jika anda ada pengalaman dan pendapat berkaitan dengan Tune Talk Tone Plus. Jika ada pertanyaan juga di alu-alukan.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

9 Comments

Add a Comment
  1. menariknya selain untung pakai, ada pendapatan yang boleh dihasilkan.
    ENTRI Denaihati ☛ Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk MikrajMy Profile

    1. Betul denaihati, pendapatan pasif lagi tu..
      ENTRI Arman ☛ 5 Sebab Kenapa Memilih Toneplus ?My Profile

  2. Dah ramai yang join program ini. . Sambil topup kredit prepaid, sambil dapat duit. . Semoga bro berjaya mendapat pendapatan pasif dengan menggunakan simkad baru ini..
    ENTRI anuar ☛ Hari Terakhir Pendaftaran DiGi WWWOW Awards 2014My Profile

  3. tengah cari pendapat pasif..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Kelebihan Jalan Kaki Untuk KesihatanMy Profile

    1. Boleh cuba tone plus Hero Borneo. Jom kita sama-sama gegarkan borneo dengan Tone Plus. h
      ENTRI Arman ☛ Pendapatan Sampingan Kerja Dari RumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme