Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

7 Kelebihan Berniaga Di Facebook

7 Kelebihan Berniaga Di Facebook | Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku ada menulis 5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan di Facebook. Dan kali ini aku ingin melanjutkan tulisan ini dengan tajuk 7 Kelebihan Berniaga Di Facebook.

Mungkin ada yang telah memulakan perniagaa di facebook. Tapi hanya kerana ikut-ikutan. Orang nak berniaga di facebook, dia pun nak. Sebelum berniaga kena tahu kenapa kita pilih facebook sebagai medium untuk kita berniaga.

Tidak semua orang berjaya berniaga di facebook. Kena ada ilmu. Kena belajar. Di sini aku kongsikan 7 kelebihan berniaga di facebook.

Kelebihan Berniaga Di Facebook

7 Kelebihan Berniaga Di Facebook

HotDownload Mudahnya Berniaga Di FB

7 Kelebihan Berniaga Di Facebook.

1. Tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan kerana mereka sudah berada di Facebook. Kita hanya perlu ‘membawa’ mereka ke Facebook Page kita sahaja. Dan perlu tukarkan mereka ini menjadi prospek yang ada potensi untuk menjadi pembeli.

2. Tidak perlu membina laman web ataupun blogshop yang mungkin memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk dibina. Jadi perniagaan anda boleh di mulakan serta merta tanpa mengeluarkan modal yang besar untuk bermula.

3. Facebook Page yang digunakan untuk menjual boleh diwujudkan dalam masa beberapa minit sahaja! Kurang dari 5 minit anda boleh membaut satu facebook page. Dan terus mempromosikan dengan kawan-kawan anda.

4. Facebook menyediakan kemudahan pengiklanan (FB Ads) yang akan memaksimakan lagi hasil jualan. Iklan FB Ads boleh disambung terus ke Facebook Page. Hebat bukan? Perlu anda kemahiran untuk melakukan ini. Jika dah dapat rentak anda akan menjadi untung lebih dari kos iklan yang anda keluarkan.

5. Facebook Page dilengkapi dengan ruangan statistik yang berguna untuk perniagaan kita.Ini memudahkan kita untuk memantau perjalanan perniagaan kita. Dan juga memudahkan kita untuk tahu apa yang prospek kita minat dan seterusnya menukarkan mereka menjadi prospek yang membeli.

6. Jual beli melalui Facebook adalah satu trend hebat pada masa sekarang berbanding kaedah-kaedah lain. Ini adalah satu trend masa kini. Sebagai peniaga trend ini kita mesti ikut dan gunakan peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagaan di facebook.

7. Pengguna Facebook kerap online di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, terutama melalui smartphone. Ini adalah kesan hebat dari facebook. Perniagaan anda dapat di akses walaupun menggunakan smartphone. jadi mudah untuk anda mendekati lebih ramai prospek anda yang berpotensi.

Kesimpulan

Setelah mengetahui kelebihan berniaga di facebook. Adakah anda akan melepaskan peluang ini. Rebutlah peluang keemasan ini untuk mengembangkan perniagaan anda dan dapatkan keuntungan berlibat kali ganda dari facebook.

Jika anda masih ragu-ragu untuk memulakan perniagaan di facebook. Masih lagi tidak tahu bermula. Saya cadangkan anda dapatkan Video Mudahnya Berniaga Di Facebook. Dalam video ini anda akan di tunjukkan dari A – Z bagaimana melakukan perniagaan di facebook. Anda tentu berpuas hati dengan video ini.

Video mudahnya berniaga di facebook ini telah banyak membantu peniaga-peniaga di facebook untuk berjaya dalam perniagaan di facebook mereka. Semoga artikel 7 kelebihan berniaga di facebook ini membantu anda memulakan perniagaan di facebook.

Dapatkan sekarang.

HotDownload Video Mudahnya Berniaga Di Facebook

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

20 Comments

Add a Comment
  1. kalau saya sementara dengan cara gratisan saja mas, kalau pakai FB ADS belum dulu, masih enakan yang cara gratuisan
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Simple Unique Post Ala Rudyazhar.netMy Profile

    1. Cara gratisan pun ok. Yg penting tahu caranya…

  2. Memang berpotensi untuk menjana keuntungan kalau berniaga di FB cuma kena pastikan ia mengikut cara yang betul..kalau tak, rugi nanti…Video Mudahnya Berniaga Di Facebook tu memang sangat2 berbaloi..
    ENTRI Hairul Azni ☛ Penjadualan Temuduga Bagi Jawatan Penguasa Kastam Gred W41My Profile

    1. Ya, byk dah yg buat duit di fb ni…

  3. Peratus untuk orang beli barang kat facebook memang tinggi. Tak rugi mencuba.
    ENTRI Bahrain ☛ Wagen Haus Cafe Di BangiMy Profile

    1. Betul tu, kena pandai juga nak cari org yg berpotensi untuk membeli.

  4. setuju bab pelanggan tu memang dah ada, di facebook customer dah ada, tinggal nak approach sahaja

    1. Ya, bab nak approach nilah yg perlu skill…

  5. Memang mudah, tapi sejak akhir-akhir ni FB semakin ketat undang-undangnya. Kita kena update dengan perkembangan FB. Disamping kejar customer, kena juga kejar term fb.
    ENTRI Cikgu Hairul ☛ Melebur DuitMy Profile

    1. Betul tu FB pun dah semakin rakus juga nak buat duit.

  6. betul tu
    gunakan segala kelebihan yang ada di fb
    ENTRI Tehr ☛ Pantun Orang MiskinMy Profile

  7. yer setuju sgt facebook salah 1 cara untuk bisnes yang tak perlu modal yang besar.

  8. yang pandai ambil kesempatan..memang harus guna peluang ni
    ENTRI ohcikgu ☛ Skop Kerja dan Tugas Pegawai Tadbir DiplomatikMy Profile

  9. Setuju.mmg mudah tp ramai yg masih terkapai2.termasuklah diri sndr
    ENTRI aishah ahmad ☛ Perfume paling wangi dalam MalaysiaMy Profile

  10. sebab boleh dikatakn semua orang sekarang gunakan facebook..jadi disitu sudah jadi lubuk…memang boleh buat duitlah dekat fb ni
    ENTRI blogger lelaki ☛ Tips Temuduga Kerja KerajaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme