Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

7 Tips Mendapat Idea Penulisan Blog

Salam Sejahtera,

7 Tips Mendapat Idea Penulisan Blog –Β Dalam dunia blog ini. Aku masih lagi mengalami masalah mendapatΒ idea penulisan. Masalah yang aku rasa semua blogger merasainya. Iaitu mendapatkan idea penulisan.

Aku bukan blogger sepenuh masa. Blogging ini cuma sebagai satu hobi yang aku buat jika ada masa lapang. Aku minat IT dan blog adalah pilihan aku untuk mengembangkan ilmu dan menyampaikan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam usaha untuk mendapatkan idea penulisan blog. Aku akan cuba bahagikan tips ini kepada dua faktor. Iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

tips mudah mendapatkan idea penulisan

Tips Mendapatkan Idea Penulisan

Faktor Dalaman.

1. Rujuk Entri Lama.

Bab ini anda harus mempunyai minat untuk membaca blog sendiri. Nampak macam syok sendiri. Tapi percayalah dengan membaca entri lama di blog.Β Kita akan dapat idea macam mana nak mendapatkan idea baru. Atau kita boleh mengembangkan lagi idea lama supaya ia menjadi lebih segar dan mempunyai informasi terkini.

2. Menilai komen pengunjung.

Komen pengunjung blog jangan di pandang ringan. Dalam banyak komen dalam entri kita. Mungkin ada pengunjung yang bertanyakan soalan. Atau perkara lanjut berkaitan dengan idea yang kita tulis.

Jadi gunakan komen ini sebagai garis panduan untuk mendapatkan idea. Komen pengunjung boleh dikembangkan lagi supaya ia menjadi lebih menarik.

Ada juga pengunjung yang akan berkongsi pendapat dan pengalaman mereka. Jadikan pengkongsian daripada pengunjung sebagai modal untuk mendapatkan idea penulisan.

3. Peta Minda

Masa kita sekolah dulu. Aku rasa semua kita di dedahkan dengan peta minda. Dan tahu macam mana hendak membina peta minda.

Yang ini ada kaitan dengan tips pertama dan kedua. Di mana jika kita telah mendapat idea utama. Apa yang perlu kita lakukan ialah kembangkan idea.

Kembangkan idea menggunakan peta minta supaya penulisan kita nanti akan lebih teratur dan mudah untuk di fahami oleh pembaca.

Rahsia Penulisan + 37 Cara Mencari Idea Penulisan

Faktor Luaran.

4. Media Elekronik.

Media elektronik seperti laman web berita merupakan lubok idea yang ada. Anda boleh mendapatkan idea di laman berita. Di laman berita seperti berita harian,harian metro dan sinar harian.

Ada bahagian navigasi yang menunjukkan kategori. Anda boleh dapatkan idea mengikut kecenderungan dan minat anda.

5. Media Cetak

Media cetak seperti suratkhabar, majalah dan novel adalah sumber idea. Untuk tip ini anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk membeli surat khabar atau majalah.

Dengan membeli surat khabar dan majalah anda mempunyai stok idea yang banyak. Cuma nak atau tak nak jer.

Jika tiada modal nak beli, boleh beli surat khabar lama. Sekilo RM1.00. Yang ni terus terang cakap aku belum buat lagi. he..he..he..

6. Google Adwords.

Google Adwords adalah merupakan satu perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh pihak google. Menggunakan google adwords anda boleh mendapatkan banyak kata kunci untuk di tulis dalam blog.

Kita cuma perlukan kata kunci asas. Atau topik. Cari sahaja di google adwords dan anda akan dapat banyak kata kunci lain untuk mendapatkan idea penulisan.

7. Blog orang lain

Untuk tips ini saya menggunakan perisian RSSOwl untuk mendapatkan idea daripada blog lain. Anda boleh baca Mudahnya Blogwalking Dengan RSSOwl. Jika anda menggunakan perisian ini anda akan tahu maksud saya. Idea di depan mata. Cuma perlu kreativiti untuk menghasilkan idea baru yang lebih menarik.

Kesimpulan.

Aku juga budak baru belajar. Walaupun sebenarnya aku bukan budak lagi. Ini adalah 7 tips mendapat idea penulisan. Dan sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kita mendapatkan idea.

Jika ada kelapangan mungkin aku akan sambung entri ini. Setakat ini, tips yang aku kongsikan inilah cara yang aku gunakan untuk mendapatkan idea penulisan.

Harap apa yang dikongsikan akan memberi manfaat. Sentiasa ulangkaji terhadap blog sendiri. Rasa macam nak ujian pulak he..he..

Anda tahu anda hebat ? Jawapannya, anda memang hebat. Sebab ? Boleh habis baca entri ni sampai habis. Ok. Tepuk tangan untuk diri sendiri.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

36 Comments

Add a Comment
  1. idea semuanya depan mata kan? πŸ™‚
    ENTRI eridy β˜› 5 langkah menjaga keselamatan blog wordpressMy Profile

    1. Betul tu. Cuma perlu pandai manipulasi idea yang ada.

  2. tapi adakalanya disebabkan mood hilang..idea pun seklai hilang..tu yg susah nak cari mood balik
    ENTRI blogger lelaki β˜› Kasihnya Lelaki Kepada Anak PerempuanMy Profile

    1. Minum kopi, tarik nafas panjang2. Layan dulu movie atau game yg diminat.Bila dah ada mood balik.Layan blog…

  3. Emm bab peta minda tu bunyinya macam menarik aje..nak buat gak le lepas ni..hehe..
    ENTRI Hafizul β˜› Blog Isteri CurangMy Profile

  4. aku main belasah aje tulis. haha..
    ENTRI titan β˜› Lu orang blogger jenis macam mana?My Profile

    1. Ha..ha..ha..main belasah pun ok. Sebab idea tu terus datang tanpa dicari.Jangan belasah org sudah he..he..he..

  5. Aku selalu tengok entri orang lain, tengok news berkaitan dengan niche blog…
    ENTRI Joe β˜› Komisyen Ke-44 Dari JobdirumahMy Profile

    1. Boleh menyelam sambil minum air bro he..he..he..
      ENTRI Arman β˜› 7 Tips Mendapat Idea Penulisan BlogMy Profile

  6. ohoho sama la masalah yang sedang dihadapi. he he he
    ENTRI adikensem β˜› Bajet 2014 Musim Panas Sudah TibaMy Profile

    1. Semoga masalah selesai..
      ENTRI Arman β˜› 7 Tips Mendapat Idea Penulisan BlogMy Profile

  7. puteri pun kadang-kadang ada masalah kehilangan idea terutamanya bila mood kelaut. Selalunya layan game dulu atau saje surf internet, pastu mesti ada idea πŸ™‚
    ENTRI puteri kasih β˜› Cara Mudah Untuk Keringkan Baju Dengan CepatMy Profile

    1. Betul tu. Buat kerja lain dulu nak ambil mood cari idea.
      ENTRI Arman β˜› 7 Tips Mendapat Idea Penulisan BlogMy Profile

      1. lepas tu memang macam-macam idea boleh dapat… πŸ™‚
        ENTRI puteri kasih β˜› Wordless Wednesday: Rumah KucingMy Profile

  8. tips dia bila ade idea terus tulis..hehehe
    ENTRI Nizam Ijam β˜› Giveaway Tiket Event Bersama Artis dan Eh!My Profile

    1. Ini yang paling bagus. Akupun selalu guna teknik ni.

  9. saya tak tentu klu time jalan ada idea cepat2 buat draf sekali lalu.ada masa simpan saat desak baru saya guna.ada juga masa kering idea tapi tak tentu bergantung pada mood
    ENTRI suri β˜› 2 Teknik Bakar Lemak PantasMy Profile

    1. Aku pun buat stok idea. Bila byk idea dtg masuk draf. Bila kering nanti yg nilah sangat berguna.
      ENTRI Arman β˜› Tetapkan Sasaran November Blog AndaMy Profile

  10. Ada sebuah buku yang pernah terbit di Indonesia, yakni ’80 Tips Mendapatkan Ide Menulis di Blog’. Hanya membaca 5 tips saja sudah membuat pusing kepala, haha. Memang sebaiknya kita membatasi beberapa cara saja supaya kita bisa lebih fokus.

    Salam hangat dari Jakarta πŸ™‚
    ENTRI indobrad β˜› Memburu Rahmat di WelahanMy Profile

    1. Guna cara yang memudahkan kita. Cara yang tidak berkesan tinggalkan.Setiap orang ada cara sendiri.

  11. Buat masa ini tips no 1,2,3 dan 4 memang saya buat. Tips no 5 terhad kerana dah jarang beli surat khabar sekarang. Semuanya baca online je. Apa pun terima kasih atas perkongsian tipnya dan salam kenal.

    1. ok. tq. Akupun lama dah tak beli suratkhabar.

  12. kalau saya terkadang di otak banyak ide buat di tulis mas, cuma kadang saya susah buat merangkai kata-katanya untuk menjadi sebuah artikel yang menarik buat di baca
    ENTRI Rizkyzone.com β˜› Label Made In Indonesia Vs Made In ChinaMy Profile

    1. Saya mas kalau macam ni. Saya buat tajuk. Tulis point. Dan blogwalking tajuk sama. Dah faham saya buat entri dengan ayat sendiri.
      ENTRI Arman β˜› Jurujual Di Telefon Layan Atau TidakMy Profile

      1. kalau mungkin sudah terbiasa menulis, ada ide langsung bisa di rangkai katanya, tapi kalau saya biasanya langsung to the point saja
        ENTRI Rizkyzone.com β˜› Label Made In Indonesia Vs Made In ChinaMy Profile

  13. bagus! entri ini memang menarik…suratkhabar lama kat Sarawak 20 sen sekilo
    ENTRI kakiblog β˜› Terima Kasih Pengomen Tegar Oktober 2013My Profile

    1. 20 sen. Byk ilmu dlm tu bro.
      ENTRI Arman β˜› Jurujual Di Telefon Layan Atau TidakMy Profile

  14. Setiap poin yang saudara Wira bagi ni.

    Semuanya Asyrof tulis berdasarkan poin itulah. πŸ™‚
    ENTRI Asyrof Asri β˜› 7 Keutamaan dan Kelebihan Hari JumaatMy Profile

    1. Semoga terus dapat menulis…

  15. Yang pastinya kena banyak membaca, tak kira sumber. Banyak input, banyaklah output πŸ™‚
    ENTRI Malaysia Tercinta β˜› Tanda-tanda atau Simptom penyakit kencing manisMy Profile

    1. Betul tu bro. Rajin membaca itu yang utama. Ada banyak sumber tap malas hendak bacapun tiada guna juga..

  16. saya menulis bila ada mood..hehe
    ENTRI ainun β˜› Dapat Surat Dari JepunMy Profile

    1. Ikut mood pun ok juga. Itupun kalau mood bagus, kalau mood tak bagus…susah juga kan.

  17. Tajuk bagi saya memainkan peranan penting. Dari sana saya oleh kembangkan pada isi dan penutup.
    ENTRI Shamshul Kamar β˜› Sebahagian Dari Image Editing Tools Yang TerbaikMy Profile

    1. Betul tu, dah dapat tajuk senang nak olah isi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme