As Salam dan Selamat Sejahtera,
Lama juga menyepi dari dunia blogger. Merayap kat blog rakan-rakan pun lama dah tak buat. Masih meriah ke dunia blogging ni. Harap rakan-rakan masih ingat lagi dengan blog wira merah ni.
Lama tak ada artikel baru. Dan rasanya ini adalah artikel pertama untuk tahun 2016 ni. Bukan rasa lagi sebenarnya memang artikel pertama 2016 pun..
Tahun 2016 ni pun dah nak ke penghujungnya. Tinggal 2 bulan ni lagi dah masuk 2017.
Alasan ? Kenapa tak kemaskini blog. Jawapannya , Tak ada alasan…hahahaa
Walaupun blog tak kemaskini ke bayar juga tiap tahun kan. Maklum jelah guna wordpress. Kena bayar hosting dan domain. Duit kena cari kalau tak macam mana nak bayarkan. Tambahan pula sekarang ni harga barang semakin lama semakin mencanak harganya…
Cerita pasal harga minyak naik, semua orang naik angin. Tapi pernah tak kita fikir macam mana nak naikkan pendapatan kita…In Sha Allah ada caranya.
Soalnya sekarang kita nak buat atau tidak. Minggu lepas ada seorang kawan ajak buat bisnes..bisnes baru. Tapi kat negara Korea dah start bisnes ni kalau tak silap tahun 2009. Dengar cerita akan masuk Malaysia tahun 2016 ni. Dah meeting Pre-launching bulan oktober lepas. Jadi bulan November ni akan secara rasminya buka di Malaysia.
Nak tahu bisnes apa ? Tunggu artikel saya yang seterusnya. Saya sendiri teruja dengan bisnes ini kerana jaminan produk yang bermutu tinggi. Testimoni banyak dah di internet. Hampir kesemuanya memuji produk yang di keluarkan. Testimoni banyak dari US, Canada, Singapore, Jepun, Philipine, Cambodia, Taiwan dan dari negara asalnya Korea.
Setakat ni artikel pembuka setelah lama menyepi.
Dah lama blog wira merah menyepi… selamat kembali bro..
ENTRI anuar ☛ Bayaran Komisyen Affiliate Pertama dari BookCafe.com.my
Tq bro.
bila nak up artikel baru bro?
ENTRI Mus ☛ Kursus Aplikasi Drone Anjuran I-KPKT dan BIP Studio Di INTAN Sabah
Lama dah menyepi…ada entri tapi tak dipos2..hehehe. Ni pun baru renew semula domain dan hosting..