Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Buat Duit Dengan Blog

Salam Sejahtera,

Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog wira merah dot com. Dan yang sudi tinggalkan komen itu, terus terang saya beritahu komen anda memang memberi semangat untuk saya terus menulis.

buat duit dengan blog

Image – Kredit to Volla.org

Terfikir apa yang saya hendak ditulis hari ini ? Akhirnya idea datang, baik aku tulis pasal buat duit dengan blog. Memang blog ini belum dapat duit satu sen pun dari blogging. Tapi itu adalah antara impian aku suatu hari nanti. Aku faham hendak dapat duit dari blog perlukan masa, usaha dan doa yang berpanjangan.

Daripada apa yang aku baca dari blog yang dah lama bertapak, mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk membina jenama dan kredibiliti mereka di dunia blogging. Selepas itu barulah mereka menerima hasil. Ini adalah kerana usaha mereka yang berterusan tanpa kenal erti putus asa. Aku kagum di sini. Kagum kerana dapat mengenali mereka yang berjaya. Walaupun tidak bersua muka, tapi aku yakin mereka sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman mereka cara buat duit online. Tidak lokek dengan ilmu, sebab itu rezeki mereka murah.

Hasil dari blogwalking yang aku buat bagi mempromosikan blog ini. Ramai yang membuat entri berkenaan dengan komisen yang mereka dapat. Komisen dari program affiliate dan juga iklan yang mereka buat. Ada yang dapat banyak dan ada pula yang dapat sedikit. tapi mereka tetap bersyukur. Itulah nilai yang perlu ada pada blogger. Nilai yang tidak mengejar duit semata-mata. Sebab mereka bukan mengejar duit.

Duit yang kejar mereka. Itulah yang orang selalu kata sebagai pendapatan pasif. Bukan kita yang kejar duit. Jika kita hendak buat duit dengan blog perkara pertama yang harus dibuang dalam minda kita ialah “Mentaliti Cepat Kaya”. Kalau anda ada fikiran sebegini baik buang jauh-jauh. Selagi mentaliti ini ada dalam kepala otak kita, memang susah hendak berjaya. Kalau adapun yang berjaya dalam masa yang singkat jumlahnya sangatlah sedikit. Atau tiada.

Dari pengalaman rakan-rakan lain saya percaya boleh buat duit dengan blog. Perlu banyak bersabar. Ini kerana hendak mendapatkan duit orang bukannya perkara senang. Ia perlukan banyak pengorbanan masa dan duit. Nak dapat duit mesti sanggup berkorban duit. Kerana orang perlu percaya dengan kita. Tanpa kepercayaan sangat sukar hendak berjaya.

Rakan-rakan yang dah berjaya buat duit dengan blog tahniah. Jika anda boleh berjaya kenapa tidak saya. Bila kita gagal, sebenarnya kita di suruh cuba lagi,cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi. Bukannya di suruh berhenti kerana kita belum mati lagi.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

14 Comments

Add a Comment
  1. Emm tak apa bro..pelan pelan kayuh..nanti akan ada hasilnya jugak dari blog..ye
    ENTRI Hafizul ☛ Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

    1. Perlu usaha lebih bro..

      1. Yup..jom sama-sama usaha lebih..hehe..
        ENTRI Hafizul ☛ Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

  2. tahniah bro dan selamat datang ke dunia blogging 🙂
    ENTRI pahan ☛ Bagaimana Mengurus Lawatan Tahun Enam Ke Kuching, SarawakMy Profile

  3. biar lambat, asalkan dapat. haha..
    ENTRI titan ☛ Senarai Pemenang Contest Peraduan Saji.myMy Profile

    1. Betul tu. Titan dah dapt banyak..masih skodeng kat blog titan. Cari apa2 yg patut he..he..he..

  4. untuk saat ini saya menggunakan afiliasi untuk menambah pendapatan saya via blog, sama menggunakan situs iklan PPC
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Sulitnya Daftar Di IdBlogNetworkMy Profile

  5. LOL ingatkan blog Wiramerah ni blog Titan
    ENTRI Earnic ☛ Terima Kasih Honda Malaysia Bagi Pinjam Honda CRZMy Profile

    1. Earnic, ha..ha..ha..Aku ni masih nak merangkak lagi. Titan tu John Chow versi Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme