Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Cara Keluar Dari Google Sandbox

Cara Keluar Dari Google Sandbox | Salam Sejahtera,

Hari ini agak lega sedikit, hati pun banyak senang. Bila cek di google sandbox tool blog aku berjaya keluar dari google sandbox atau terlepas dari penalti yang dikenakan oleh pihak google.

Anda boleh baca entri Bila Blog Kena Google Sandbox dan Kisah Lanjut Blog Kena Google Sandbox. Memang masa ni agak susah hati juga bila mendapati blog aku kena penalti. Ini kerana jika dah kena penalti bermakna ada beberapa entri dalam blog yang tidak di index oleh enjin carian google.

Google Sandbox

Google Sandbox Checker

Cara Keluar Dari Google Sandbox

Setelah berjaya keluar dari google sandbox, aku akan berkongsi beberapa cara yang aku lakukan untuk keluar dari google sandbox. Aku tahu ada beberapa lagi blog rakan-rakan yang terkena juga panahan google sandbox ini. Anda boleh semak di sini Sandbox Checker.

8 Teknik Mencipta Produk Digital

Di antara cara yang aku gunakan ialah :

  1. Mengenalpasti entri yang kena penalti. Kerja ni bagi aku agak rumit sikit kerana aku terpaksa copi pes tajuk entri ke enjin carian google. Mengikut cadangan semak hingga page 5. Tapi aku terlebih rajin semak sehingga page 10. Jika tiada entri anda dalam 10 muka pertama. Adalah di syaki entri anda terkena google sandbox.
  2. Setelah mengenalpasti entri yang kena google sandbox. Apa yang perlu dilakukan ialah membuat kemaskini pada entri itu. Tambah atau kurangkan apa yang patut.
  3. Setelah kemaskini entri yang disyaki terkena google sandbox. Sila submit sekali lagi sitemap blog anda di google webmaster.
  4. Sila buat sekurang-kurangnya satu entri berkaitan dengan google sandbox. Pastikan anda membuat backlink pada laman web google.com, google.com.my, google webmaster dan sandbox checker.
  5. Profile Backlink. Buat backlink ke blog anda dari laman web PR6. Apa yang aku buat ialah buat backlink dari laman web sosial. Letakkan url blog anda pada ruangan profile yang di sediakan. Jika ada ruangan khusus untuk meletakkan url blog lagi bagus. Contohseperti twitter.com, vimeo.com, google.com, blogger.com, xing.com, openstreetmap.org, foursquare.com, issuu.com, flickr.com, discussions.apple.com dan ted.com. Profile backlink ini juga bertujuan untuk meningkatkan domain authority blog bagi menguatkan lagi SEO blog anda.
  6. Kemaskini blog anda setiap hari kalau boleh sehingga terlepas hukuman dari google. Dan pastikan anda membuat backlink seadanya buat masa ini. Jangan lebih-lebih. Nanti dianggap SPAM oleh google.
  7. Jangan buat entri copy paste, buat entri dari idea sendiri.
  8. Sabar dan terus berdoa agar blog anda terlepas dari google sandbox.

Kesimpulan

Alhamdulillah, harap selepas ini blog aku tidak lagi kena penalti oleh google. Memang tidak dapat di elakkan jika kita membuat backlink yang melampau pada blog dan kena google sandbox. 

Harap entri ini dapat membantu blog anda keluar dari google sandbox dengan cepat. Tinggalkan komen anda. Sebarang kekurangan harap di maafkan.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

8 Comments

Add a Comment
  1. terima kasih banyak sebab share pasal ni. saya byk belajar
    ENTRI Safiya ☛ Betul Ke Dia Pregnant? Macam Tak Percaya je..My Profile

  2. saya pun terus g check sebab saya pelik sangat, sebelum ni saya guna blogspot ada regular traffic dari google, ni saya pindah WP, lansung tiada traffic dari google, tak tahu kenapa
    ENTRI Safiya ☛ Betul Ke Dia Pregnant? Macam Tak Percaya je..My Profile

    1. Maksudnya, content blogspot dah dipindahkan ke wordpress ? Atau buat blog baru guna wordpress..
      ENTRI Wira Merah ☛ Cara Keluar Dari Google SandboxMy Profile

  3. satu penjelasan yang cukup bagus..terima kasih
    ENTRI Kakiblog ☛ Tips Berkesan Berbalas BlogwalkingMy Profile

  4. bagus tips nie…mana tau boleh digunakan pada masa akan datang..harap blog aku sentiasa bersih la
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  5. Alhamdulillah sampai saat ini blog yang saya punya belum terkena sandbox.. tapi artikel ini memberikan wawasan kita untuk menghadapi sanbox bila blog kita terkena..
    Salam sukses selalu….
    ENTRI muhammad isra ☛ Penerapan Keyword Density Pada Artikel Atau Posting BlogMy Profile

    1. Wsalam, tq sudi singgah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme