Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Cuaca Panas Apa Yang Perlu Anda Tahu

Salam Sejahtera,

Hari ini aku ingin berkongsi satu artikel dari laman web Myservik.gov.my . Aku kongsikan di sini kerana aku rasa kita perlu tahu apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi cuaca yang panas ini.

cuaca-panas

Cuaca Panas

Aku yang berada dikawasan pedalaman ini pun rasa panas yang teramat sangat. Kawasan yang masih lagi dikelilingi hutan dan tiada pembangunan. Tapi bahang kepanasan ini sangat terasa. Bagaimana pula dengan mereka yang tinggal dibandar-bandar besar. Dan aku yakin bahang kepanasan ini dirasai oleh semua kita tidak kira dimana berada.

Apa yang perlu anda tahu, jom baca artikel dibawah.

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1.  Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap

     kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan

     maut  contohnya akibat strok haba.

2.  Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat

     kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

    Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang

    haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah

    Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan

    tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas

    melampau:

4.1 Anda Perlu :

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

   4.2 Elakkan:

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip  di bawah;

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Jika artikel ini bermanfaat pada anda, kongsikan dengan rakan-rakan anda di laman sosial dengan klik logo laman sosial dibawah.

Sumber : Myservik.gov.my

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

4 Comments

Add a Comment
  1. Panasnya lain macam kalau nak dibanding masa zaman aku kecik.
    ENTRI Bahrain ☛ Lawak Antara Lontong Dan TelurMy Profile

    1. Betul tu Bahrain, masa saya kecik dulupun, tak terasa panas membahang macam sekarang. Anak2 pun selalu sakit..

  2. Dibandingkan semenanjung cuaca disini lebih panas,apalagi duduk ditingkat paling atas.
    ENTRI Abdur ☛ Cara Menggunakan WordPressMy Profile

    1. Salam kenal, abdur org mana yer? …
      ENTRI Arman ☛ Cuaca Panas Apa Yang Perlu Anda TahuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme