Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Cuti-cuti Di Sarawak Mengakhiri Tahun 2014

Cuti-cuti Di Sarawak Mengakhiri Tahun 2014 | Salam Sejahtera,

Hampir 3 minggu blog tidak di kemaskini. Dan kini aku kembali semula. Bermula pada 11.12.2014 sebenarnya aku mengisi masa cuti sekolah bersama keluarga untuk melawat tempat-tempat menarik di Sarawak.

Perjalanan kami bermula dari Kapit –> Sibu –> Mukah –> Bintulu –> Miri –> Kuching . Perjalanan amat memenatkan kerana sepanjang perjalanan aku seorang sahaja jadi pemandu tapi berbaloi.

Perjalanan dari Kapit ke Sibu kami menaiki boat ekspress. Tambang untuk kelas ekonomi adalah RM25.00, kelas business RM30.00 dan 1st Class RM 35.00. Aku beli 5 tiket untuk kelas ekonomi je. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam menaiki boat eskpress. Sampai di Sibu kita bermalam di Hotel. Aku ambil hotel bajet je. Kami bermalam di Bahagia Hotel. Untuk bilik keluarga ( katil besar 1 dan katil kecil 1) berharga RM75.00 semalam. Oklah untuk bermalam. Tapi untuk honeymoon aku tak sarankan sangat hotel ni he..he..he..Tapi kalau bajet sikit, hotel ini memang pilihan terbaik. Macam aku….

kapal-sibu-kapit-sibu

Menunggu untuk di angkat dalam kapal dan di hantar ke Sibu.

Lupa nak beritahu, oleh kerana dari Kapit ke Sibu tiada jalan darat. Jadi kereta aku di hantar menggunakan kapal aka tongkang kata orang Sarawak. Untuk tambang kereta (Avanza) ialah RM300.00 sekali perjalanan. Perhantaran kereta mengambil masa 2-4 hari bergantung pada masa perjalanan kapal.

Cuti-cuti Di Sarawak Mengakhiri Tahun 2014

Di Sibu tempat makan yang best bagi aku ialah di Bandung Cafe. Di sini menyediakan makanan laut. Apa yang aku boleh katakan makanan sedap dan murah. Servis memang cepat. Masa menunggu makanan terhidang memang tidak lama. Aku sangat sarankan jika datang kat Sibu cuba makanan kat sini.

bandung cafe bintulu

Menunggu Makanan Terhidang di Bandung Cafe – Tak sempat ambil gambar makanan. Semua dalam mood lapar.

Satu lagi tempat makan yang aku rasa kau orang perlu cuba ialah di Taman Harmoni. Nama kedai Selera Malam. Boleh makan sup power kat sana. Memang power dan puas hati makan.

Bermalam semalam di Sibu, pada hari seterusnya perjalanan kami ialah ke Mukah dan Bintulu pada hari yang sama. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Mukah. Perjalanan dari Sibu ke Mukah mengambil masa hampir 2 jam mengunakan kereta. Sempat membeli Umai ikan pirang di pasar Mukah. Rasa sedap. Jika anda datang ke Mukah, umai adalah makanan wajib yang anda perlu rasa.

cuti di sibu sarawak

Pengenalan untuk Sibu, Sarawak

Setelah selesai sembahyang Jumaat di Masjid Mukah, kami meneruskan perjalanan ke Bintulu. Perjalanan dari Mukah ke Bintulu mengambil Masa hampir 3 jam. Sampai ke Bintulu kami terus ke Pantai Tanjung Batu. Kononnya nak melihat matahari terbenam. Tapi malang pada masa itu awan tebal.

Mukah Sarawak

Sago adalah antara makanan yang terkenal di Mukah.

Pantai Tanjung Batu

Pantai Tanjung Batu – Laut agak begelora

Di Bintulu kami bermalam di Ocean Hotel. Hotel ni adalah hotel bajet. Untuk family room bayaran hanya RM115 semalam. Ada dua katil besar dan bilik sangat luas. Kawasan parking kereta tidak di sediakan. Boleh parking mana-mana tempat sekitar hotel. Parking kereta selamat jika parking di hadapan hotel. Ini kerana kita boleh memantau kereta dengan CCTV hanya dari dalam bilik.

coconut shake

Coconut Shake – Sedap mesti rasa

Kesimpulan

Banyak tempat-tempat menarik yang sempat di lawati sepanjang percutian ini. Walaupun aku orang Sarawak tapi masih banyak juga tempat-tempat menarik yang belum dilawati lagi. Maklumlah Sarawak ni bukan kecil ia sebesar semenanjung Malaysia.

In Sha Allah aku akan kongsikan tempat-tempat menarik di Sarawak yang telah kami sekeluarga lawati pada entri akan datang sebagai panduan kawan-kawan yang ingin melawat ke Sarawak. Simpan stok entri untuk tahun 2015.

Selamat Tahun Baru 2015.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

12 Comments

Add a Comment
  1. Teringin nak ke sarawak tengok pantai tak pun g pulau2x berdekatan
    ENTRI adarain ☛ Produk Nikko Slimm Juice Khas Untuk Kuruskan BadanMy Profile

  2. teringin gak nak gi sarawak bila ada masa nanti.
    ENTRI titan ☛ 12 Kebaikan Hisap RokokMy Profile

  3. Saya pun orang Sarawak. Tetapi banyak tempat lagi yang tak tersinggah dalam Sarawak ini. 😉 Hee
    ENTRI Sally Yatiey ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  4. 2015 ni rasanya bakal terbang ke sana…:D
    ENTRI reezluv ☛ 5 Design Kad Kahwin Menarik Tahun 2014My Profile

    1. Selamat datang ke Sarawak…

  5. Bila la nk jejak kaki ke sarawak ni…huhu
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Masalah Keputihan Menghantui Hidup Anda?My Profile

  6. best jalan-jalan bro..
    boleh bookmark tok..
    sik pernah gik sampei ke kapit..
    kelak mok ke sia juak..
    ENTRI Mus ☛ Kadar Baru Membuat Pasport Antarabangsa Malaysia Bermula Januari 2015My Profile

  7. saya datang sekali je, rasa nak datang lagi.
    ENTRI Dr Fattah ☛ Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  8. Banyak tempat yang diceritakan bro belum lagi ke tempat kelahiran saya..tak jauh dari Bandar Mukah
    ENTRI Hero Borneo ☛ Misi Blogwalking Fasa Kedua 2015My Profile

  9. Belum berpeluang lagi nak ke Sarawak
    ENTRI Khairul Zamri ☛ Program Qurban dan AqiqahMy Profile

    1. Datanglah ke Sarawak…nikmati sendiri keindahan sarawak dan keramahan penduduk sarawak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme