Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Durian Oh Durian Aku Tertipu

Salam Sejahtera,

Durian Oh Durian aku tertipu – Hari ini teman isteri pergi beli lauk untuk malam ni. Beli ayam seekor dan tulang sapi. Malam ni makan sup tulang sapi.

Walaupun aku ada dinner untuk Majlis Serumpun. Aku tak makan banyak. Otak aku teringat dengan sup tulang sapi yang isteri aku masak. Alhamdulillah balik rumah aku habiskan sup tulang.

Sambung cerita pasal durian. Lepas balik dari kedai CCK aku dan isteri pergi ke market untuk beli sayur. Lain di cari lain pula yang di beli. Niat nak beli sayur bertukar, bila lihat ada durian yang di jual. Tergoda dengan bau durian. Walau hidung aku selsema hari ini. Dapat juga cium bau durian yang menarik hati.

durian oh durian

durian – Gambar Sempat Ambil.

Tengok di luar dan cium bau durian memang tergoda. Lepas berbincang dengan isteri. Dan sedikit kata-kata ‘closing’ sik penjual. Aku mengalah dan membeli setompok ( 3 biji ) durian dengan harga RM20.00.  Agak mahal sebab durian kecil jer.

Pak Cik tu cakap durian ni memang bagus. Durian ni kalau goyang ada bunyi dia kata. Maksudnya baguslah durian ni. Dengan durian ‘display’ yang memang cantik dan mengoda. Terliur. Terus beli.

Bina Perniagaan Dengan Jenama Sendiri

Sampai kat rumah. Memang kecewa . Durian pertama aku buka. Belum masak. Isinya masih keras. Rugi. Aku buka durian kedua. Alhamdulillah rezeki. Dapatlah makan. Dan durian yang ketiga. Juga agak mengecewakan. Belum masak juga. Agak rugi beli.

Rugi beli aku beritahu isteri. Tapi apa boleh buat sebab durian aku tertipu. Tapi aku ingat muka pak cik tu. Memang tak beli dengan dia lagi dah.

Nak jual pun. Biarlah tunggu durian tu masak dulu. Aku tahu, penjual tu memang tahu yang durian tu belum masak lagi. Tapi dia sengaja jual sebab belum banyak lagi yang menjual durian. Jadi nak untung lebih kononnya. Menipu orang.

Lepas ni berhati-hati beli durian. Dah selalu sangat kantoi dengan penjual durian ni. Aku memang tak reti sangat nak pilih durian yang bagus. Nak ambil gambar pun dah hilang mood.

Apa kata anda. Pernah tertipu beli durian. Jom kongsi di ruangan komen.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

8 Comments

Add a Comment
  1. hu3..kalau betul niat pakcik tu tak tahu durin itu tak elok..tak pa jika dia sengaja jual macam tu memang tak betul la cara dia berniaga macam tu
    ENTRI blogger lelaki ☛ Ketagihan Teknologi TerkiniMy Profile

    1. Pak Cik tu sempat mengoyangkan durian tu. Kata ada bunyi. Tu yg aku suspek dia bohong ngan aku.

  2. durian arap ngan bau jak nyaman..kadang2 isi nang sik boleh makan langsung..
    ENTRI kakiblog ☛ Mengapa Blogger Baru Wajib BlogwalkingMy Profile

    1. Nang benar … ada kedak org. Nangga kulit jak dah tauk, durian bagus sik..
      ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

  3. Haha..tu lain kali test dulu masak ke tidak..haha
    ENTRI Hafizul ☛ 10 Sebab Susah Nak Dapat Kerja Dengan JobdirumahMy Profile

    1. Aku tak tahu nak test bro. Pak Cik tu cakap dah masak. Aku main beli jer. Percaya sangat dgn penjual.
      ENTRI Arman ☛ Regatta Samarahan Pertandingan Gubahan Kulit AmbalMy Profile

  4. orang yang suka menipu memang tak lama. duit tak berkat.kan.hehe
    ENTRI pahan ☛ Bisnes Online menurut pandangan PahanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme