Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Kenapa Blog Dihapus Oleh Google ?

Salam Sejahtera,

Hasil dari blogwalking hari ini. Aku ingin berkongsi beberapa perkara berkaitan dengan blogspot. Banyak entri yang aku baca berkaitan dengan blog ‘ Blogspot atau WordPress’. Aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan blogspot. Kenapa blog dihapus oleh google.

Di bawah ini aku akan cuba senaraikan 9 sebab mengapa blog dihapus oleh google. Ini adalah hasil dari pembacaan aku. Aku sendiri tidak ada pengalaman di mana blog di blogspot aku dihapuskan oleh google.

Berhati-hati supaya blog yang telah di bina bertahun-tahun dan mempunyai ramai pengunjung di hapuskan oleh google begitu sahaja. Dan jangan takut sekiranya anda tidak melanggar syarat-syarat google.

Blog Dihapus Google via google Image

Blog Dihapus Google via google Image

1. Pemasaran Affiliate.

Jika anda membina blog bertujuan untuk bisnes affiliate. Menjual produk orang lain dan mendapatkan keuntungan. Blog anda mungkin dalam perhatian google. Ini kerana ia melanggar syarat pihak google. Tapi syarat ini masih boleh di elakkan selangi anda tidak memberikan link ‘do follow’ untuk link affiliate anda. Jadi sentiasalah memberi link no follow untuk link affiliate anda.

2. Memasang Iklan Berbayar ( Kandungan Dewasa 18 sx ).

Jika blogspot anda membincangkan perkara-perkara atau kandungan dewasa 18sx. Blog anda mungkin akan dihapuskan sekiranya dapan dikesan oleh pihak google. Jadi berhati-hati memasang iklan berbayar yang berkaitan dengan kandunagn dewasa.

3. Memasang Skrip untuk membuat konten.

Elakkan juga memasang skrip untuk membuat konten secara automatik di blog blogspot anda. Ini mungkin akan menyebabkan blog anda di hapuskan oleh pihak google. Konten hendaklah di hasilkan sendiri dengan menaip. Jangan pasang apa-apa skrip atau code untuk membaut konten di blogspot anda.

4. Link ke Hacking Akaun Atau Penyebaran password.

Berkongsi link ke hacking akuan atau penyebaran password. Google memang tidak suka sekiranya kita berkongsi pasword untuk akaun-akaun berbayar atau premium. Google cuba untuk menjaga hak intelektual pembuat sistem-sistem ini dari di ceroboh. Sekiranya anda suka berkongsi link-link hacker atau menyebarkan password untuk masuk ke akaun berbayar blog anda mungkin akan di hapuskan oelh google.

5. Aktiviti Perniagaan Orang Cari Orang.

Aktiviti perniagaan seperti Get To Paid, MLM atau projek wang segera, projek cepat kaya dengan cari orang dan sebagainya tidak mendapat sokongan dari google. Blog-blog komersial seperti ini adalah sebaiknya menggunakan platform lain selain dari blogspot. Ini kerana ia melanggar TOS dari google.

6. Autoblog – Mengambil Konten Dari Blog lain.

Point yang ini lebih kurang sama dengan point 3. Cuma yang ini tidak menggunakan skrip. Ia mengambil konten dari blog menggunakan RSS reader. Banyak juga blog-blog yang dibangunkan dengan mengambil konten dari blog lain.

Samada konten yang berhak cipta ataupun tidak. Berhati-hati dengan autoblog. Jika tertangkap habislah blog anda. Terutama yang bermain dengan adsense menggunakan autoblog. Silap hari bulan akuan adsense kena hapus sekali.

7. Melanggar Hak Cipta.

Melanggar hak cipta bukan sahaja dari segi konten blog. Tapi gambar, video, audio, software dan sebagainya. Jika blog anda mengandungi bahan yang melanggar hak cipta, blog anda akan berisiko untuk di laporkan di Google DMCA. Jika aduan di terima blog anda akan di hapuskan. Jadi berhati-hati. Banyak risiko jika tidak merujuk kepada sumber.

8. Ilegal Downlaod, Streaming dan Torrents.

Jika blog anda mengandungi perkongsian ilegal downlaod, steaming dan torrents adalah lebih baik berhati-hati. Jika tidak lepas dengan tapisan google, blog anda mungkin akan di hapuskan. Ini juga melanggar hak cipta. Pihak google tidak menyokong aktiviti yang tidak baik ini.

9. Kontest SEO.

Contets SEO Eridy iklan kejap he..he..he.. bagi yang gila contest seo dan menggunakan blogspot baik berhati-hati. Ini kerana contest seo sebegini menganggu qualiti hasil pencarian google. Dan google memang tidak suka dengan aktiviti segini. Jika hendak ikut contest gunalah platform lain selain dari blogspot. Jika blog anda terlepas dari tapisan google alhamdulillah. Semoga semuanya selamat. Tapi mesti sentiasa berhati-hati. Secara dassarnya Contest SEO menyalahi TOS google.

Kesimpulan.

Selagi anda tidak melanggar TOS dari pihak google berbloglah dengan penuh kasih sayang. Jika google menceraikan anda dengan blog anda jangan pula putus asa. Buat blog lagi. Mula semula. 9 sebab yang boleh aku kumpulkan mengapa blog dihapus oleh google.

Harap ini dapat membantu anda supaya lebih berhati-hati bila berblog menggunakan platform blogspot. Sebarang pandangan dan pendapat sila kemukakan di ruangan komen.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

10 Comments

Add a Comment
  1. Hanif bin Abdul Bahar

    Terima kasih atas perkongsian ini. Cuma nak bertanya, ada beza contest SEO dengan contest blogger yang hanya suruh meletakkan link, tetapi setiap penyertaan post tu ditulis oleh blogger sendiri (dan hanya tinggalkan backlink)? Apa cara “contest SEO” yang “selamat”?
    ENTRI Hanif bin Abdul Bahar ☛ Mudahnya Sistem Menjemput RezekiMy Profile

    1. Sama2, berhati-hati membina backlink , jangan banyak sangat ikut kontest seo dlm satu2 masa dan link ke entri seo pastikan no follow.Lain ada nak tambah.

  2. Banyak betul pantang larang blogspot ni. Patut la ramai yang lari ke wordpress bila serius nak berblog. Lagi2 mereka yang nak buat duit melalui affiliate. Yang paling tak sangka, kontest SEO pun menyalahi peraturan gak kan.. emmm..
    ENTRI Amran ☛ BR1M, Antara Layak Dan MaruahMy Profile

    1. Btl tu. Banyak sangat link affiliate pun bahaya, terutama jika kita suka sembunyikan url affiliate (cloak) dan berikan link do follow pada url affiliate.

  3. wp lebih bebas nak buat apa..nak buat autoblog ke,pasang script itu ini ke..blogspot boleh je dapat earning kencang dari blog..takde masalah..tapi kenalah follow.:D

  4. kena lebih bijak dari google. itu aje gua mampu cakap.
    ENTRI titan ☛ SEDA Malaysia Visit Site – Solar Farm Fortune 11 and Labu Palm Oil Mill.My Profile

    1. Bila jadi terlebih bijak yang bahaya he..he..he..

  5. di indonesia banyak mas yang blognya di hapus, selain melanggar aturan google, juga gak tau ada beberapa yang blog original konten juga ikut kehapus
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Ulasan Blog Siraplimau.comMy Profile

  6. menurut saya blog dihapus selama yg saya alami karena iklan banyak, terus url di redirect kesitus lain atau juga situs dewasa tetapi tidak menggunakan warning ban pada blog loe serta itu utk semua jenis kategori situs dgn jenis spam,menyebar link yg tdk wajar,spamming keyword,bnyk artikel tdk updated,serta copy paste situs orang dan pokoknya hindari semua itu agar selamat aja,dan sy juga ada 2 situs trafik 100k perhari ke2 nya situs forum bos dan nyesel gue gak backup dulu loe hehe, saya juga ada situs dewasa nie gan, dan kalau suka di add ya dan kalau tidak suka jgn tersinggung ok karena semua harus peace hehe dan juga makasi artikel anda yg bagus ulasannya dan tetap semangat ok berbloging ria karena saya juga begitu hehe, makasi waktunya bos thanks gbu.
    ngewe.in
    3tiga.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme