Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Kenapa Kita Masih Tidak Berjaya

Salam Sejahtera | Kenapa Kita Masih Tidak Berjaya

Entri hari ini adalah berdasarkan pandangan, pendapat dan pengalaman sendiri. Untuk menjadi iktibar untuk diri sendiri dan mungkin anda. Semua orang nak berjaya, tapi kenapa masih juga tidak berjaya.

Kejayaan adalah sesuatu yang sangat subjektif. Banyak cara untuk kita mengukur sama ada seseorang itu berjaya atau tidak. Kadang-kadang kita lihat semacam orang itu telah berjaya tapi sebenarnya dia belum berjaya. Kadang-kadang kita lihat orang macam tidak berjaya tapi sebenarnya dia seorang yang berjaya.

Dan bagi saya kejayaan seseorang itu adalah pada diri kita sendiri. Ini kerana kita tahu apa kehendak kita dan apa sasaran kita dalam hidup ini. Ada banyak kejayaan yang kita nak capai sebenarnya dalam hidup. Di sini saya akan cuba fokus kenapa kita tidak berjaya secara umum.

berjaya-atau-tidak-berjaya

Sumber: SlideShare.Net

Memberi Alasan

Cabaran utama yang harus kita tangani untuk berjaya ialah ALASAN. Alasan adalah merupakan satu tembok yang akan menghalang untuk kita berjaya. Jika otak kita mencari alasan itu adalah tanda-tanda kita akan gagal. Bila kita sentiasa beralasan ini tak boleh, itu tak boleh, tak ada modal, takut itulah, takut inilah….hai macam-macam alasan. Jika kita nak mulakan sesuatu mulakan sahaja. Jangan beri alasan. Seperti saya sendiri, jika saya memberi alasan, perkara yang saya nak lakukan biasanya tidak akan menjadi. Percayalah jika kita hendak berjaya…buat sahaja…jika cara kita salah tukar teknik, tukar strategi…

Sikap Malas

Ini satu lagi penyakit kita. MALAS. Nak lawan perasaan malas ni agak sukar juga sebenarnya jika dah sebati dalam diri kita. Jika dapat lawan penyakit ini. In Sha Allah apa yang kita nak buat menjadi. Saya sendiri pun biasa juga atang penyakit ni. Memang susah juga nak di buang seratus peratus. Bila malas datang macam-macam kerja tak jadi. Otak pun lemah nak berfikir. Jika perasaan malas ni datang buang cepat-cepat.

Angan-angan kosong

Tak salah jika kita berangan-angan. Ini kerana dari angan-angan kita akan memasang azam untuk mencapai kejayaan. Tapi masalahnya kebanyakkan dari kita berangan-angan yang berlebihan berbanding dengan usaha. Angan lebih tapi tiada usaha hendak bermula. Asyik berangan kalau…kalau…kalau…aku kaya…memang tak jadi. Sampai bila pun masih jauh lagi kejayaan itu.

Suka Menangguh

Nak berjaya sikap ini harus di buang jauh-jauh. Suka menangguh. Kebanyakkan dari kita memang suka sangat menangguh kerja. Bila kerja tertangguh, akhirnya semua yang kerja yang dilakukan akan menjadi kerja tangkap muat sahaja. Yang paling parah jika kita terus tak buat.

Bila tertangguh biasanya kita akan lupa untuk membuat. Jadi jangan jadikan sikap ini menghalang untuk anda berjaya.

Mentaliti Cepat Kaya

Kenapa saya katakan mentaliti cepat kaya juga salah satu sebab kita belum berjaya. Ya ini kerana jika kita masih ada lagi mentaliti cepat kaya kita akan mudah untuk berputus asa.  Kita dah berusaha tapi masih lagi tidak mendapat seperti apa yang kita hendak.

Percayalah bahawa kekayaan itu bukan sesuatu yang boleh kita kecapi dalam satu masa singkat. Ia perlu pengorbanan untuk mencapainya. Ia juga memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk kita mencapainya.

Kecuali kita dapat bapa mertua yang kaya raya. Atau kita memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Atau kita jumpa harta karun…kalau jumpa pun rasanya akan jadi milik kerajaan harta karun tu….sila buang mentaliti ini. Lagipun jika kita masih berfikir nak capat kaya risikonya ialah kita mudah untuk di tipu.

Kesimpulan

Sampai di sini sahaja perkongsian saya. Apa yang saya tulis di sini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan kat luar sana. Jika kita boleh buang sikap-sikap yang boleh menghalang kita untuk berjaya In Sha Allah kejayaan itu milik kita. Tuhan sentiasa memberi peluang kepada semua orang untuk berjaya…cuma terpulang kepada diri kita sama ada untuk mencapainya atau tidak. Kejayaan adalah milik kita bersama….

Jangan lupa beri pandangan anda…

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

13 Comments

Add a Comment
  1. Dalam semua ‘kenapa’ di atas, suka menangguh adalah penyakit yang menghinggap diri saya. Sedang berusaha mengubatinya….

  2. Satu peringatan.Tq.Bukan senang nak berubah secara total. Kadang ‘datang’ juga beberapa ‘kenapa’ tu.

  3. karena kita belum ingin berjaya juga menjadi salah satu penyebabnya.

  4. selain itu kurang gigihnya kita juga menjadi penyebabnya kita sulit betkembang.
    ENTRI Blogku ☛ Cara Membuat Masker Kefir Sendiri untuk WajahMy Profile

  5. Lamanya dah tak update blog…

  6. Masalah besar kita ialah banyak alasan

  7. Berani gagal tunggu kita berjaya!

  8. malas, adalah penyakit yang ada pada semua orang. Penyakit ini bila tak diatasi tak kan membuat orang kan berjaya
    ENTRI tikusbray ☛ Download Lagu NDX A.K.A – Kimcil Pabu.mp3My Profile

  9. jawaban nya cuma 1 yaitu malassss

  10. soal berjaya tergantung kebudayaan yang terlihat sekarang
    ENTRI junita88 ☛ Paket umroh april 2017 sesuai dengan tuntunan rosulMy Profile

  11. malas dan angan-angan kosong itu penyakit, jadi harus dicegah 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme