Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Kisah Aku, Isteri dan Anak-anak

Kisah Aku, Isteri Dan Anak-anak | Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini ? Semoga sihat selalu. Hari ini entri berkenaan dengan kisah aku, isteri dan anak-anak. Jadi kiranya ini entri pasal kami satu keluarga.

Nak di jadikan cerita, pada mulanya Isteri aku yang sakit, kalau tak silap hari rabu lepas. Badan panas, kepala pening dan batuk. Ini mungkin angkara makan durian banyak sangat. Dan kurang minum air kosong.

Sebelum itu aku dan isteri membeli buah durian adalah dalam 30 biji. Harga murah. Cuma RM 35.00 sahaja. Memang belasah makan durian. Makan durian, tidur durianlah jawapnya. Mungkin kesan dari makan durian berlebihan isteri aku sakit. Teruk juga.

Lepas isteri sakit, badan aku pula rasa panas, sejuk bermula hari Jumaat. Masa sembahyang jumaat hari tu pun aku rasa nak pengsan. Tapi dapat juga bertahan. Pada waktu malam, aku tak dapat bertahan dah, suhu badan dah semakin naik. Nak berjalanpun rasa tak larat. Badan rasa sejuk sangat.

Isteri pula masih lagi belum sembuh sangat, terpaksa lawan sakit. Sebab aku, si suaminya sakit. Memang teruk bila aku sakit. Manjalah katakan. Aku sakit ni pun rasanya sebab berlebihan makan durian. Aku makan durian isu ( durian hutan – isi warna oren ) lepas makan durian inilah aku sakit. Badan panas dan kena selsema dan batuk. Durian ini antara spesis yang susah di cari.

Baca juga : Anak, Blog dan Contest SEO Eridy

anak durian

Durian Isu

Bukan aku dan isteri sahaja yang kena sakit demam ni. Lepas aku, anak aku yang kedua dan ketiga pula sakit pada hari sabtu. Memang teruk juga. Lagipun aku masih juga dalam keadaan kurang sihat. Tambahan pula isteri aku dah mula berkerja. Kerja shif pagi.

Pada hari sabtu memang teruk juga layan anak dua orang sakit. Anak kedua memang tidur sahaja sepanjang hari. Mungkin mengantuk sebab ubat. Tapi anak-anak aku sakit bukan di sebabkan durian. Sebab mereka tidak makan durian.

Dan hari ini anak aku yang sulung pula sakit. Dia paling akhir. Dan dalam seminggu ini habis satu pusingan ahli kelurga aku jatuh sakit.

Hari ini isteri masih kerja shif pagi. Jadi tugas menjaga anak-anak aku seorang sampai isteri balik kerja petang nanti.

Pada jam 8.00 pagi, suhu badan anak sulung ( 39°C), Anak kedua (37.5°C) dan anak ketiga (38°C). Suhu badan masih tinggi lagi. Masa ini aku sendiripun belum sembuh sepenuhnya. Jadi terpaksa lawan sakit untuk menjaga anak-anak.

Isteri akupun belum sembuh sepenuhnya, tapi terpaksa juga lawan sakit. Isteri tetap turun bekerja, tak dapat cuti. Staf banyak cuti, sebab hendak menyambut perayaan Krismas.

Dan aku pula terpaksa batalkan perjalanan aku ke sekolah hari ini. Bermula esok giliran aku pula menjaga sekolah. Jadi serba salah. Rasanya esok aku akan teruskan juga untuk ke sekolah . Hendak tukar dah lewat.

Ini mungkin ujian buat keluarga aku. Aku terima dan bersabar dengan ketentuan ini. Dan aku harap selepas ini keluarga aku diberi kesihatan yang lebih baik dan dimurahkan rezeki.

Aku sendiripun rasa tidak larat bila dah kena demam ni. Inikan pula anak-anak aku. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Dan sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Bersabar dan banyak berdoa semoga kita tidak di beri ujian yang lebih besar.

Dalam seminggu ini, isteri, aku dan anak-anak semuanya kena deman, batuk dan selesema. Semoga kami sekeluarga cepat sembuh. Dan semoga hari-hari yang akan datang adalah hari yang baik untuk kami sekeluarga.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah isteri, aku dan anak-anak. Jangan lupa doakan juga kami sekeluarga cepat sembuh dan dihindar dari penyakit-penyakit yang merbahaya.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

6 Comments

Add a Comment
  1. semoga pihak admin sekeluarga cepat sembuh…kalau semakin serius pergilah klinik yang berdekatan..
    ENTRI kakiblog ☛ KB Kini Kembali Dari BercutiMy Profile

    1. Tq bro. Hari ini dah ok sikit..

  2. menyelerakan betul tengok durian tu
    ENTRI zool ☛ Panduan Mengubahsuai RumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme