Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Kisah Lanjut Blog Kena Google Sandbox

Kisah Lanjut Blog Kena Google Sandbox | Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku pernah menulis entri bertajuk Bila Blog Kena Google Sandbox. Dan blog aku adalah antara yang kena penalti dari google. Bukan kena banned ya tapi istilahnya ialah google sandbox. Ini adalah hukuman sementara dari pihak google atas kesalahan tertentu yang aku buat pada enjin carian google.

Apapun kesan dari google sandbox ini. Ia hanya terkesan pada enjin carian google sahaja. Bagi enjin carian seperti yahoo, bing dan yang lainnya. Tiada masalah.

Google Sandbox

Bahaya SEO berlebihan pada blog – Image | bcom.mywapblog.com

Walaupun dah kena google sandbox atau penalti dari google. Tidak semua entri yang akan kena tempias dari hukuman google ini. Ia cuma terkesan pada 1 atau beberapa entri sahaja.

Dalam kes blog wiramerah ini, aku telah semak satu persatu setiap entri dalam blog ini di search enjin google. Dan apa yang aku dapati kebanyakkan entri masih berada dalam 1st ranking jika kita taip long tail keyword sasaran atau tajuk entri.

Rahsi Produk Digital

Setelah menyemak semua entri di search enjin ada beberapa entri yang aku suspek penyebab dari google sandbox ini. Nak tahu entri mana yang kena google sandbox, caranya kena cek cek satu persatu. Memang leceh lebih-lebih lagi kalau entri dah beratus-ratus dalam blog

Blog Kena Google Sandbox

Cara aku, aku buka sitemap dan copy paste satu persatu tajuk entri di google search. Dan keputusannya aku dapat satu entri yang langsung tidak di index oleh google. Jadi kalau tidak di index ini bermakna entri ini adalah penyebabnya.

Entri ini ialah Kemaskini WordPress 3.8 Antara Muka Baru. Apa yang aku heran. Entri ini aku buat tidak menerapkan unsur-unsur seo seperti aku menulis entri yang lain. Dari carian kata kunci ini aku dapat 8 keputusan dan langsung tiada entri aku dalam carian itu.

Selain itu aku suspek ada lagi entri aku yang kena google sandbox ini. Tak pasti betul atau tidak. Tapi entri ini aku akan kemaskini denagn menambah dan mengurangkan yang patut supaya kembali di index oleh saudara google. Dibawah adalah beberapa entri yang aku suspek terkena google sandbox :

blog kena google sandbox

8 Carian google – Entri blog langsung tidak tersenarai

Kesan daripada blog kena google sandbox ini beberapa aktiviti blogging terpaksa di kurangkan.Semua blogger tahu sekarang peserta Cabaran Terakhir Iphone 5s berkampung sekali lagi di blog denaihati untuk meninggalkan komen di sana. Dan aku masih lagi meninggalkan komen tapi agak perlahan.

Dan kedua aku juga sekarang menyertai kontest SEO anjuran blogger Akma Omar dengan tajuk Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Dari berada di second page kini tak tahu dah pergi kemana. Mungkin ada kesan dari google sandbox. Dan untuk entri ini juga aku terpaksa kurangkan aktiviti mengoptimasi entri. Takut terlebih optimasi seo tak keluar dari penjaralah jawabnya blog aku nanti.

Kesimpulan

Walaupun blog aku kena google sandbox, janganlah anda khuatir kerana ia tidak akan menganggu prestasi blog anda jika ada backlink blog anda ada di blog wira merah. Ingat google sandbox dan  blog yang di banned atau blacklist oleh google adalah tidak sama.

Google sandbox ni cuma penjara sementara sahaja. Lebih cepat insaf dan membaiki kesalahan lebih cepatlah keluar dari penjara pasir google ni. Ayat penyedap hati. Kita tengok bila blog aku boleh keluar dari penjara pasir google ni.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

36 Comments

Add a Comment
  1. O ada jgk ye kes macam ni…google sandbox kira mcm kene pasir jerlus lah ye…em patut blog lama aku pun mcm ni. Tapi kalau kene telan dengan pasir jerlus kira blh bagi kesan le entri2 artikel yg lain ye…
    ENTRI JAWATAN KOSONG TERBARU ☛ KEKOSONGAN KERJA SYARIKAT MALAYSIA AIRLINESMy Profile

    1. Ya betul tu. Penjara padang pasir…he..he…he…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

  2. AA belajar bende baru hari ni.ada juga artikel AA yg langsung Xde dlm carian sampai ke.Page 10 pon masih Xde…apa punca sandbox ni wiramerah?
    ENTRI aishah ahmad ☛ Bersyukur dengan nikmatNyaMy Profile

    1. Tak semestinya, ada faktor lain. Boleh cek dulu blog kena sandbox atau tidak. Kalau tidak bermakna entri dan blog perlu di tambahkan lagi ciri2 seo.
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

    2. Blog AA, aku dah cek tak kena sandbox. Perlu di optimasi SEO onpage dan off page. Tak jgn terlampau…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

  3. Bahaya juga kalau kita tak sedar blog kita kena sandbox dengan google ya
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Minyak Ikan Mengurangkan Keradangan?My Profile

    1. Kira ok lagi kena sandbox ni. Nasib tak kena banned terus…

  4. oh kena penalti dari google. baru tahu ada juga kes camni. Cuma apa sebab kena sandbox ni?
    ENTRI ainun ☛ Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

    1. Ya..ada beberapa entri yg kena GS.

  5. Memang kita harus berhati-hati ketika akan publish entry dalam blog kita sehingga tidak terkena akan dampak google sandbox ini
    ENTRI News Farras ☛ Cara Mensyukuri Nikmat AllahMy Profile

    1. Betul tu. Terover optimasi inilah akibatnya..

  6. dua entri penyertaan kontest seo saya hilang entah di mana dalam halaman Google..mungkin sebab-sebab diatas
    ENTRI Hero Borneo ☛ Cara Mengenali Orang Busuk HatiMy Profile

    1. Dah cek ke kat laman web google sandbox. Link utk cek ada di entri sblm ni.

  7. Apa maknanya kena Block tu… Affect entry tu sahaja ke Possible utk affect blog Kita juga…
    ENTRI Safiya ☛ Anak Tantrum Apabila Mendapat Adik BaruMy Profile

    1. Cuma kena entri je. tapi tak semua entri. kalau ke banned atau backlist dari google baru ada effect seluruh blog.

  8. salam.. info baru utk saya yg baru dlm blogging..:)

    1. Terima kasih kerana sudi datang…

  9. alamak bro rugilah entri kontest SEO pun kena juga tue
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Entri contest SEO Vitamin Shaklee aku rasa dah kena index balik. Aku cek dah masuk page 2. Nak push masuk page 1 lagi..harap tak teruk sangat kena sandbox. Sekarang aku hati2 buat backlink. Takut terus kena banned oleh google…

  10. tulah dia antara risiko masuk contest…takut google anggap smua org yg join PBN..silap haribulan boleh tenggelam trus.. 🙂
    ENTRI Zul ☛ Nasi Beriyani JM – Memang PANJANG beb !My Profile

    1. Mungkin masa aku ikut contest seo blog sangat baru, dan google anggap backlink yg aku buat adalah SPAM.

  11. selain check ranking,ada tool lain tak nak determine blog kita kena sandbox atau tak.
    ENTRI Norhayati Suaib ☛ 24 Jam Sebelum Masuk Dewan Bersalin Di HospitalMy Profile

    1. Ada link untuk cek blog kena google sandbox kat entri ‘bila blog kena google sandbox’…

  12. pernah jadi jugak amcam tu..lama jugaklah sebelum kembali ok
    ENTRI cikgu naman ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. Berapa lama nak keluar dari sandbox ni cikgu…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

  13. first time fyna dengar pasal sandbox nih. ^_^
    ENTRI fyna ☛ Spesifikasi Plat Nombor Kenderaan Yang Dibenarkan Oleh JPJMy Profile

  14. bila baca ini entri rasa gerun dan risau pula harapan tak lama dia sekat blog ni nanti
    ENTRI suri ☛ Cahayacinta Layan Geram Homemade Resepi Cendol MelakaMy Profile

    1. Jangan gerun, asal jangan kena banned google terus sudahlah…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

  15. oooo baru tau bende gini
    tq bro
    ENTRI AUC ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. sama2…Tq…AUC kerna sudi singgah…
      ENTRI Wira Merah ☛ Kisah Lanjut Blog Kena Google SandboxMy Profile

  16. Kalau website kena banned dengan Google Adsense macam mana pula ye?
    ENTRI Amirul ☛ Kalendar Cuti Sekolah 2015 MalaysiaMy Profile

    1. tak pasti, setahu saya, jika kena banned adsense ia tidak mengganggu kedudukan blog di search enjin. Cuma tak dpt di guna utk iklan google je…

  17. terima kasih kerana share kerana sebagai org baru kadang tak aware dengan perkara sebegini
    ENTRI Safiya ☛ Importance Of DHA For Brain DevelopmentMy Profile

  18. Ada notification ke ape ke yang bgtau kite dh kena sandbox? ke kena pandai2 cek sendiri? 1st time tau pasal sandbox ni…
    ENTRI Alongxp ☛ Kes buli, junior, seniorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme