Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Komen SPAM Orang Jepun Comel

Salam Sejahtera,

Rupanya blog aku ni ada juga pembaca dari Jepun. Orang Jepun pun nak tinggalkan komen.Semenjak dua menjak ni banyak komen SPAM masuk dalam blog aku.Komen SPAM banyak masuk kat blog aku ni melalui entri aku yang bertajuk “tinggalkan komen di blog aku“.

Faham ke orang Jepun baca blog Bahasa Melayu. Mungkin faham barangkali. Sebab tu dia tinggalkan komen.

komen-spam

Komen Spam orang Jepun

Aku memang sepatah haram pun tak tahu apa benda yang dia tulis. SPAM komen ni banyak juga masuk kat blog aku ni. Jenuh dah jari ni nak delete. Kadang-kadang takut juga terlepas pandang komen rakan-rakan blogger yang ikhlas meninggalkan komen.

Komen SPAM orang Jepun ni jadi SPAM sebab banyak sangat link url. Aku dah guna CommentLuv letakkan jerlah kat ruangan URL. Ada juga komen SPAM ni yang aku approve sebenarnya. Tapi tak banyak. Takut juga kena trick.Mula2 bagi komen yang menggoda. Lepas kita dah approve nanti lain pula jadi.

Bagi komen rakan-rakan yang masuk dalam kotak SPAM mungkin ada yang kena delete. Jadi aku minta maaf. Sebab kadang-kadang aku terus klik empty spam terus. Malas dah nak pilih-pilih. Sebab komen SPAM masuk lebih banyak dari komen yang ikhlas nak komen.

Nak salahkan mereka menyepam komen kat blog ini tidak boleh juga. Dah tajuk artikel aku “Tinggalkan komen diblog aku” .Ha..rasakan sekali masuk beratus komen SPAM. Salah sendiri juga. ha..ha..ha…

Seingat akulah, komen SPAM ni banyak masuk bila aku tinggalkan url blog aku ni di blog-blog orang putih. Lepas aku sedar perkara ini. Aku terus stop untuk tinggalkan url blog ini di blog orang putih.

Bagi blog yang masih suci lagi, terutama blog bahasa melayu, janganlah tinggalkan url blog bahasa melayu anda di blog-blog orang putih. Dah blog bahasa melayu komen sahaja kat blog bahasa melayu. Nanti SPAM banyak masuk. Setakat ini aku lihat SPAM dari Malaysia sendiri kurang, walaupun ada juga sebenarnya. Masih malu-malu kucing nak menyepam kat blog aku.

Nak tahu apa itu SPAM baca SINI.

Akhir sekali ‘Pecah kaca pecah gelas, habis baca harap …..” sambung sendiri. Ni pantun dua kerat paling popular masa aku sekolah dulu he..he..he..

Pendapatan Pasif Toneplus

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

14 Comments

Add a Comment
  1. Komen spam macam ini kebanyakanya menggunakan script dan software,mereka tak perlu melayari blog untuk meninggalkan komentar.
    ENTRI Abdur ☛ Cara Menggunakan Filezilla FTP ClientMy Profile

    1. Ada cara tak menyekat komen SPAM guna script atau software ni…
      ENTRI Arman ☛ Komen SPAM Orang Jepun ComelMy Profile

      1. kalau guna wordpress..banyak plugin anti spam …sebab spam guna software adalah biasa bagi pengguna wordpress..
        ENTRI Hero Borneo ☛ Jom Blogwalking Dengan Niat IkhlasMy Profile

        1. Guna anti spampun banyak juga komen lepas…mungkin blm jumpa plugin yg bagus kali..

  2. Bro hebat,sudah dikenal diserata dunia.
    ENTRI BLOGGER SABAH ☛ Sejarah Kota Kinabalu Dan Nama Asal Bandaraya Kota KinabaluMy Profile

    1. Ha..ha..jgn kat serata dunia, kat Malaysia orang tak kenal aku blogger sabah, aku yg banyak kenal orang he..he..he..

  3. beribu-ribu komen macam ni masuk… selamat filter dulu… takut ada link yang menyebabkan malware…

    1. Biasa aku delete kalau masuk komen SPAM…
      ENTRI Arman ☛ Komen SPAM Orang Jepun ComelMy Profile

  4. saya selalu kena ketika guna wordpress dulu…dan perkara ini kurang sihat untuk blog kita!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Panduan Mudah Langsingkan Badan WanitaMy Profile

    1. Teruk juga kesan komen spam ni…

  5. Sekarang ni susah untuk kenal pasti SPAM sebab dah ada yang dalam Bahasa Melayu…
    ENTRI Amirul ☛ Kekayaan Sebenar Bukan Terletak Pada HartaMy Profile

    1. Kalau komen bahasa melayu,tengok link yang diberikan kalau link affiliate, fikir 2 kali nak approve. Tapi kalau link blog ok lagi.

  6. banyak juga spam masuk dalam lima ribu jenuh jugalah nak buang uh…
    ENTRI suri ☛ Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

    1. Banyak nye..empty spam je he..he..he.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme