Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Salam Sejahtera,

Salam kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia. Merdeka, Merdeka, Merdeka inilah laungan keramat 57 tahun dahulu. Dan kini laungan itu di ulangi untuk mengingatkan kita erti kemerdekaan. Namun apakah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara betul-betul menghayati apakah ertinya merdeka. Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Hayati senikata lagu ini.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta – Bob Yusof
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Mendengar lagu ini berkumandangkan di Stadium Mini kapit sempena sambutan hari kemerdekaan, hatiku terdetik, apakah sumbangan kita untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Jika dahulu pejuang-pejuang kemerdekaan memperjuangkan tanah air untuk membebaskan negara kita dari penjajah.

Tapi bagi kita yang lahir selepas kemerdekaan, dan tidak pernah merasa peritnya di jajah.Jadi tugas kita sekarang adalah lebih berat kerana tugas kita adalah untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Kita tidak tahu musuh kita datangnya dimana. Di luar, di dalam semuanya ada kemungkinan.

Jangan hanya berharap kepada polis, askar dan pihak berwajib sahaja memikul tanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan. Tapi jiwa yang merdeka, minda yang merdeka harus ada dalam diri setiap rakyat Malaysia. Di sini lahirnya sebuah cinta ? Cinta pada diri, cinta pada keluarga, cinta pada negara dan cinta pada agama. Jika cinta itu lahir dari sanubari yang ikhlas apapun halangan dan cabaran yang akan kita hadapi kita akan bersama-sama menghadapinya.

MERDEKA bukan hanya di laungkan, ia harus tersemat di hati sanubari, bahawa kita akan tetap merdeka selamanya. Perjuangan untuk kemerdekaan tetap akan di teruskan walaupun negara kita sudah merdeka. Perjuangan kita adalah untuk mengekalkan kemerdekaan.

Sambutan Merdeka Peringkat Negeri Sarawak

Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Sarawak telah di adakan di Kapit. Sambutan agak sederhana tetapi meriah. Sambutan di sambut sederhana bagi menghormati mangsa tragedi MH17. Segala persembahan berbentuk hiburan telah di batalkan bagi menghormati hari berkabung negara kita untuk mangsa tragedi MH17.

merdeka2 merdeka merdeka4Antara gambar yang sempat di ambil…

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi hari ini akan kekal selamanya. Bagi pejuang-pejuang yang telah gugur dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah tercinta ini marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk mereka. Semoga roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Inilah tanda terima kasih kita kepada mereka. Kerana mereka kita kini hidup dalam keadaan yang aman damai.

Selamat Hari Merdeka ke-57

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Laungan keramat. Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta…terima kasih Malaysia.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

24 Comments

Add a Comment
  1. salam sambutan kemerdekaan.

    merdeka merdeka merdeka
    ENTRI Zuan ☛ Malaysia di sini lahirnya sebuah cintaMy Profile

  2. Selamat menyambut kemerdekaan bro.
    ENTRI Hazmin Hamudin ☛ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57My Profile

  3. good luck bro….selamat menyambut hari kemerdekaan..
    ENTRI Faizal Fredley ☛ Malaysia di Sini Lahirnya Sebuah CintaMy Profile

    1. Tq. Bro. Semoga bro juga berjaya..

  4. tahun ni..aku suka temanya berbanding tema tahun-tahun lepas. hoho
    ENTRI titan ☛ Malaysia Di sini lahirnya sebuah CINTA.My Profile

    1. Samalah kita..akupun suka dgn tema ni, lagunya pun best. Sedap di dengar dan sangat menyentuh perasaan..
      ENTRI Arman ☛ Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah CintaMy Profile

  5. singah sini akak…

    salam kenal je dari korang
    ENTRI Aan ☛ Next Launcher 3D Shell v3.17 APKMy Profile

    1. Tq.sudi2lah singgah selalu..

  6. billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.
    ENTRI Denaihati ☛ Bagaimana memasukkan table ke dalam artikelMy Profile

  7. Alhamdulillah, 57 tahun sudah kita merdeka. Semoga kita semua terus dilindungi Allah 🙂
    ENTRI MissPuan Yati ☛ Yang dirindu.My Profile

  8. Memang seronok kan dapat ke tempat macam ni..al-fatihah untuk pejuang2 yang syahid dimedan perang..
    ENTRI Panduan Exam ☛ Soalan Study Exam Penguasa Kastam W41My Profile

    1. Seronok bawa anak2…

  9. sila lihat fb message…
    ENTRI Denaihati ☛ Kisah syilling jatuh dari langitMy Profile

    1. Mohon maaf bro denaihati, saya sekarang brada di sekolah. Internet guna 1bestari. FB kena blog KPM. Susah nak buka sekarang.

    2. Bro denaihati, dah cek fb message, tapi tak da mesej dr bro DH la…

      1. dari sahabat tu. nanti beri detail bank, ac.no, pm terus ke fan page Denaihati Network lagi mudah yer.
        ENTRI Denaihati ☛ iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus produk terbaru AppleMy Profile

  10. sekarang tengah tunggu Hari Malaysia pula!
    ENTRI Hero Borneo ☛ Kisah 3 Pemuda Yang MenginsafkanMy Profile

    1. Yup hari Malaysia tarikh keramatan kita rakyat Sarawak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme