Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Menjana Pendapatan Bersama Onexox

Salam Sejahtera | Menjana Pendapatan Bersama Onexox

ONEXOX satu nama yang mungkin agak asing atau satu perkataan yang agak susah juga hendak menyebutnya…betul ke ? Jika anda nak tahu latar belakang berkenaan dengan Onexox anda boleh ke laman web syarikat SINI. Secara ringkasnya Onexox ini adalah merupakan satu syarikat Telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, DiGi, UMobile dan Tune Talk.

Sebelum ini mungkin ada yang perasaan saya pernah mempromosikan satu program dari syarikat telekomunikasi. Nak tahu syarikat telekomunikasi mana carilah sendiri dalam blog ini. Ada beberapa sebab kenapa saya meninggalkan syarikat telco x yang lepas. Nak cerita kat sini takut pula di katakan memburuk-burukkan syarikat lain. jadi tak payah cerita.

Kenapa Saya Memilih Onexox

Banyak sebenarnya cara nak menjana pendapatan ni sama ada secara online atau offline. Terpulang kepada kita untuk memilih dan mencari mana yang sesuai dengan diri kita. Kenapa saya memilih Onexox sebagai platform untuk menjana pendapatan kedua @ pendapatan pasif.

pendapatan-onexox

Menjana Mendapatan Bersama Onexox

Di sini saya akan senaraikan 5 sebab Kenapa memilih Onexox. Teruskan dengan bacaan anda. Mana tahu anda juga berminat. Bolehlah kita menjana rakan niaga.

  1. Tidak menjanjikan bulan dan bintang

Ya ini adalah antara faktor yang menarik minat saya untuk memilih menjana pendapatan bersama onexox. Kebanyakkan dealer onexox yang mempromosikan simkad onexox tidak memberi harapan kepada kita untuk mendapat pendapatan beribu-ribu, malah berpuluh ribu. Dan tiada iklan yang ‘money oriented’. Dan bila saya membuat sedikit kajian mengenai Onexox sebenarnya ia boleh memberikan kita pendapatan yang lumayan jika kena pada caranya. Cuma kita nak buat atau tidak. Jadi tiada janji-janji palsu, tiada janji bulan dan bintang. Siapa berniaga tak nak untung kan. Semua perniagaan nak untung. Tapi keuntungan semata-mata bukan matlamat utama untuk kita berniaga.

     2. Barangan Keperluan

Onexox adalah perniagaan yang menjual simkad. Simkad yang dijual adalah merupakan barangan keperluan. Ini kerana setiap orang akan mempunyai handphone atau smartphone. Kebanyakkan dari kita sekurang-kurangnya memiliki dua simkad/ nombor telefon. Jadi ia mudah untuk di jual. Lagipun harga jual simkad Onexox cuma RM10 dan kita sebagai pengguna akan mendapat banyak faedah dari simkad ini. Salah satu matlamat penggunaan simkad onexox adalah Penjimatan adalah keutamaan.

     3. Komuniti yang sentiasa membantu

Dalam Onexox ‘Out The We Are One’ jadi kita adalah merupakan satu keluarga yang sangat besar. Bagi merealisasikan cogan kata ini piha pengurusan telah menyediakan fanpage onexox iaitu Soal Jawab Onexox dan Group facebook khas untuk Dealer Onexox untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Yang bestnya ialah CEO Onexox Arie Sham juga sangat aktif dalam fanpage dan group dealer ini. Ini bermakna segala masalah yang di hadapi oleh pengguna onexox akan sampai terus kepada beliau.

     4. Pasaran Masih Baru

Onexox adalah merupakan syarikat baru yang telah di tubuhkan pada awal 2014. Jadi pasaran simkad onexox masih lagi luas. Di Sarawak sendiri secara umumnya masih sangat baru kerana belum banyak sangat sub-dealer dan dealer di Sarawak. Rasanya Area Dealer pun belum ada di Sarawak. Dalam onexox siapa yang berusaha dia akan dapat. Tiada istilah duduk diam dapat duit. Jadi rebutlah peluang berniaga bersama onexox dan seterusnya menjana pendapatan.

    5. Pendapatan Pasif

Inilah antara sebab kenapa saya memilih menjana pendapatan bersama onexox. Pendapatan pasif adalah antara matlamat yang kita nak capai dalam perniagaan. Dalam perniagaan onexox kita menjual simkad. Jika pengguna simkad membuat tambah nilai kita akan mendapat insentif sebanyak 10% daripada nilai topup. Di sinilah pendapatan pasif itu akan berkembang. Bermakna semakin banyak pengguna yang kita dapat semakin besar jumlah pendapatan yang kita dapat.

Kesimpulan

Cukup 5 alasan kenapa saya memilih untuk Menjana Pendapatan Bersama Onexox. Sekiranya anda juga berminat untuk bersama kami untuk menjana pendapatan anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Perniagaan ini boleh dijalankan secara online atau offline. Bertemu di puncak kejayaan bersama Onexox.

pakej-sub-dealer-onexox

 Hubungi saya :

WeChat/Whatsapp : 010-321 2900

Onexox.IM

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

2 Comments

Add a Comment
  1. Sebagai pengguna ONEXOX, jemput menyertai contest SEO yng saya anjurkan…

  2. baru dengar tentang onexox.. bisa digunakan dalam bisnis online ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme