Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Pemilihan Tema Blog Wira Merah : Frontier

Salam Sejahtera,

Pemilihan tema sesebuah blog bukan merupakan perkara yang mudah. Ia agak rumit untuk membuat keputusan memilih. Ini kerana terlalu banyak tema blog percuma. Begitu juga dengan tema blog wira merah ini. Setelah proses memilih nama domain dan hosting. Pemilihan tema menyebabkan aku pening kepala.

Kita boleh memilih untuk menggunakan tema percuma atau berbayar. Jika ada budget  lebih tidak salah menggunakan yang berbayar. Tema blog percuma pun tidak kurang baiknya jika betul pilihan. Dan ia juga perlu sedikit pengubahsuaian untuk penambahbaikkan. Jika tak tahu nak ubah gunalah yang asal.

Tema blog berbayar paling popular ialah Thesis Theme dan Genesis. Tema thesis paling aku suka. Tapi apakan daya sebab harga minyak naik 20 sen budget aku terus lari. Jadi thesis tunggu tabung bsn 1 Malaysia aku penuh.

Jadi seperti yang anda lihat, blog wira merah menggunakan tema Frontier. Tema blog ini di buat oleh Ron Angelo dari Filipina. Yang penting tema blog ini percuma.

theme frontier

Tema Frontier

Download Tema Frontier

5 sebab kenapa aku memilih tema frontier.

Lulus ujian melalui plugin ‘Theme Check’.

Perkara pertama yang aku buat ialah mengimbas tema yang hendak digunakan menggunakan plugin wordpress iaitu theme check. Tema blog yang dipilih hendaklah lulus ujian imbasan dari theme check plugin. Jika tidak lulus theme check akan menunjukkan beberapa kesalahan code yang terdapat pada tema yang dipilih. Oleh kerana aku kurang mahir bab coding ini. Jadi theme check agak membantu.

Mudah Untuk Di Ubah Suai

Frontier juga menyediakan banyak custom editor. Custom header, custom background, custom css. Kita juga boleh mengubah warna navigasi, sidebar dan lain-lain warna tanpa perlu mengubah ketetapan yang ada pada file .css . Selain itu Ron Angelo juga menyediakan Frontier child untuk kita mengubah file .css . Jadi ia tidak akan menganggu jika terdapat update tema frontier.

Menyediakan Forum dan Blog

Ron Angelo juga menyediakan forum dan blog untuk perbincangan mengenai tema frontier ini. kita boleh mengemukakan soalan di forum atau di ruangan komen blog . Hasil pemerhatian aku pada forum dan blog beliau. Semua soalan yang di tanya oleh pengguna tema frontier di jawab oleh beliau. Dan aku rasa perkhidmatan yang diberikan hampir sama dengan tema berbayar. Ron Angelo juga sentiasa membantu jika kita ada masalah berkaitan dengan tema blog frontier ini.

Fungsi ‘Responsive’

Seperti apa yang aku faham. Fungsi responsive ini adalah supaya blog kita boleh dipaparkan di semua gadget seperti tablet samsung, apple, smartphone dan semua yang seangkatan. Oleh kerana sekarang kebanyakkan daripada kita sudah memiliki smartphone fungsi responsive adalah sangat perlu pada sesebuah tema yang dipilih.

Kemas, ringan dan mesra SEO.

Tema frontier sangat kemas. Bukan sahaja antara muka tema ini kemas. Cara penulisan code php dan css pun kemas. Selain itu file tema frontier ini sangat ringan. Kurang daripada 350Kb. Bila ringan ia memudahkan proses loading blog. Tema frontier secara asasnya mesra SEO.

 Maklumat Lanjut Panduan SEO 

Kesimpulan.

Pemilihan tema blog yang digunakan untuk membangunkan sesebuah blog adalah sangat penting. Sebelum anda menggunakan tema yang dipilih. Lebih baik dipasangkan dulu pada wordpress yang dipasang dilocalhost. Jika puas hati baru di muat naik ke hosting anda. Pilihlah tema blog anda dengan betul. Jika susah hendak memilih gunalah tema yang dipasang secara default pada wordpress.

Dowload Frontier Theme

Anda memang kacak sebab boleh habis baca sampai habis. Tahniah. Blog menggalakkan rakyat Malaysia suka membaca.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

29 Comments

Add a Comment
  1. Hehe..terima kasih kongsikan..menarik themes ni..mana tahu saya nak cuba gak..terima kasih juga kongsikan link download..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

    1. Hafizul dah guna thesis kan. Aku memang ngidam nak guna theme ni.
      ENTRI Arman ☛ Pemilihan Tema Blog Wira Merah : FrontierMy Profile

      1. Emm yang pondok kecil punya memang thesis..tapi kot ada nak wujudkan blog lain boleh lah try themes yang ni pulak..hahaha
        ENTRI Hafizul ☛ Hati KeringMy Profile

        1. Buat blog niche ke bro..

  2. kajian yg teliti jugak perlu untuk tema blog ni..aku pun masih dlm proses try n error..tapi tahap SEO on page dah semakin baik..hu3
    ENTRI blogger lelaki ☛ Rahsia Lantai Masjidil Haram Tidak PanasMy Profile

    1. SEO ni bagi aku sangat subjektif. Mahu banyak try n error. Walaupun byk panduan tapi byk juga tak boleh guna he..he..he..
      ENTRI Arman ☛ Pemilihan Tema Blog Wira Merah : FrontierMy Profile

    1. Tq.. titan.Kalau cam tu nak beri tumpuan dgn konten dan promosi..

  3. Thesis theme nie simple dan ringan. Kemas je.. Theme nie pun boleh tahan jugak
    ENTRI Joe ☛ Ingin Menang Apple iPhone 5s?My Profile

    1. betul tu bro. Tapi thesis mahal sangat…

  4. nuntuk theme saya suka dengan iconic one yang sedikit saya rubah agar penampilannya seperti keinginan saya
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Sulitnya Daftar Di IdBlogNetworkMy Profile

    1. Dah cuba iconic one. Tapi saya test kat blog dilocahost saja.

      1. dari narablog malaysia, ada sobat akubahrain.com yang juga mengguna theme iconic one
        ENTRI Rizkyzone.com ☛ Sulitnya Daftar Di IdBlogNetworkMy Profile

        1. ralat yang punya adarain.com mas yang pakai theme iconic one
          ENTRI Rizkyzone.com ☛ Sulitnya Daftar Di IdBlogNetworkMy Profile

        2. Saya suka dgn iconic one yg telah Rizky modifikasi.Terutama breadcrumb dan info penulis selepas posting.Boleh kongsi codenya nanti.:)

          1. Selepas guna iconic one theme.. Saya penasaran dengan theme yg di gunakan blog ini, dan saya memutuskan untuk mengganti theme blog saya pakai frontier, setelah saya cuba di localhost ternyata theme ni mang best, sangat user friendly, mudah di utak atik codenya khususnya yg bagian css, yang saya suka dr theme ini bagian fronier options, ada menu custom css, memudahkan saya menambahkan css untuk merubah tampilan sesuai keinginan saya, jadi suda saya ubah sedikit tampilannya dari aslinya khususnya pada laman homepage.

  5. hhe. macam ni je bro. nak thesis, ko bagi email kat aku.k. nanti aku send. try pakai thesis.k.
    ENTRI pahan ☛ [Terbaik] – APA YANG KAU PERLU TAHU TENTANG PES 2014My Profile

    1. Hantar link guna contact form boleh ke bro 🙂

      1. hehe. dah bro. check email.hehe. semoga sentiasa bermanfaat 🙂
        ENTRI pahan ☛ [Terbaik] – APA YANG KAU PERLU TAHU TENTANG PES 2014My Profile

        1. Tq pahan..kalau ada rezeki jumpa kau kat Sibu, aku belanja makan 🙂

          1. set 🙂 nanti ada g sibu, aku text.k
            ENTRI pahan ☛ [Terbaik] – APA YANG KAU PERLU TAHU TENTANG PES 2014My Profile

  6. tengok thesis ni not bad. kemas dan simple.
    ENTRI Bahrain ☛ Tegar – Pantaskah Syurga UntukkuMy Profile

    1. Thesis mmg terbaik. Tapi harga mahal sgt bro..

  7. den pakai template ready made je.. huhu tak pandai nak tuka tuka theme ni

    1. Tak per asal suka jer :). Theme Frontier senang nak tukar. Sebab tak perlu tahu coding.

  8. pelan-pelan, insyaAllah nanti boleh tukar yang bro minat.
    ENTRI Denaihati ☛ Melancong tempat menarik di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme