Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Peniaga Online Perlu Ada Blog

Peniaga Online Perlu Ada Blog | Salam sejahtera,

Jika kita aktif dilaman sosial seperti facebook, twitter dan Instragram. Banyak peniaga-peniaga mempromosikan produk mereka. Mereka menggunakan laman sosial ini untuk mereka melakukan urusan jual beli.

Jika anda menggunakan laman sosial sebagai platform utama untuk anda berniaga. sebenarnya anda mempunyai risiko perniagaan anda akan di tutup bila-bila masa. Aku pernah mempunyai fanpage jualan di facebook. Tetapi fanpage itu telah di tutup atau di ‘unpublished’ oleh pihak facebook.

Bayangkan jika anda berniaga dan cuma mengharapkan laman facebook untuk urusan perniagaan anda. Risiko fanpage jualan anda di tutup adalah sangat tinggi. Kenapa ? Jawapan mudah, kerana facebook bukan anda yang punya…Mark Zukerberg yang punya.

HotVideo Pantas – Panduan Bina Blog WordPress
Blog Perniagaan Online

Peniaga Online Perlu Ada Blog | Image : Google Image

Disebabkan itu, anda sebagai peniaga online perlu ada blog atau laman web jualan. Ini adalah penting untuk menyelamatkan perniagaan online anda. Bina dari sekarang blog atau laman web jualan anda.

Dengan adanya blog juga perniagaan anda akan dapat di kembangkan lagi. Anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari enjin carian dari google, yahoo dan bing. Strategi ini di namakan strategi SEO.

Apabila blog jualan anda berada di kedudukan pertama enjin carian, anda akan mendapat pelanggan dengan percuma. Bermakna dalam masa yang sama anda boleh mengurangkan kos iklan produk anda.

Peniaga Online Perlu Ada Blog

Ada banyak panduan cara membuat blog yang di kongsikan di internet. Anda cuma perlu rajin sahaja. Kalau tiada masa, anda boleh mengupah pakar-pakar membina blog atau laman web. Tetapi jangan terkejut jika kos untuk membuat blog boleh mencecah ratusan malah boleh mencecah ribuan ringgit.

Rasanya bagi yang baru hendak bermula mungkin kos sebesar ini menjadi beban untuk membina laman web atau blog untuk jualan.

Sebagai peniaga anda harus menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang profesional dan blog jualan anda juga harus nampak profesional.

Membuat blog bukan sekadar membuat tapi sebenarnya adalah satu proses yang berterusan dan meemerlukan anda mempunyai kemahiran asas berkaitan laman web atau blog jualan.

Jika anda tiada masa dan mempunyai modal yang rendah untuk belajar membuat blog aku amat cadangnkan anda belajar dari Video Pantas Panduan Membina Blog WordPress ini.

Dengan adanya video panduan membina blog ini ia akan memudahkan anda untuk membina blog anda dari A – Z tanpa perlu membuang masa mencari di internet cara untuk membuat blog.

Anda juga tidak perlu membuang duit ada sampai beribu-ribu semata-mata untuk mengubah orang lain membina blog anda.

Adakah anda peniaga online ? Pilihan di tangan anda, nak membuat blog atau terus dengan cara anda menggunakan laman sosial tanpa sokongan dari laman web atau blog anda. Jangan menyesal di kemudian hari jika, perniagaan yang anda jalankan tiba-tiba di sekat oleh pemilik laman sosial.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

20 Comments

Add a Comment
  1. semakin ramai saya dengar kena banned dengan facebook. apa punca sebenarnya ya?
    ENTRI ainun ☛ Ziarah KematianMy Profile

    1. Yup betul tu, sebab tu perlu ada web site/ blog sebg platform utama kalau nak bisnes.

  2. sekarang nih ramai orang melayari internet, kalau ada blog, senang orang tengok produk kita kan kan…so, kenalah ada blog 😉
    ENTRI siti hazreen ☛ Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014My Profile

    1. Betul tu, laman sosial cuma sbg support kpd blog perniagaan,
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  3. Ya benar, usahawan kecil, peniaga online perlu ada blog.
    ENTRI Hasrul Hassan ☛ Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street ViewMy Profile

  4. Betul apa yang bro huraikan,terutama perniagaan yang baru dibina.
    ENTRI Abdur ☛ Cara Memasang SSLMy Profile

    1. Ya bro, peniaga lama pun mesti ada blog bro..kalau tak merana nanti kalau laman sosial kena banned..
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  5. Satu hal wajib dimiliki bagi setiap peniaga online, selain punya fanpage jg harus punya blog, siape tahu jg keduanya bisa menghasilkan duit semua..
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Apa Sih Blog ItuMy Profile

    1. Kalau kedua2 ada mas jualan lagi meletup…
      ENTRI Wira Merah ☛ Harapan Blogger Pada Bajet 2015My Profile

  6. blog adalah medium komunikasi para usahawan dengan bakal pembeli..
    ENTRI Hero Borneo ☛ Cuba Template Percuma Mesra SEOMy Profile

  7. Saya setuju, Blog tahan lebih lama tapi ambil masa untuk attract Customer…
    ENTRI Safiya ☛ Cara Makan Lecithin dan Alfalfa ShakleeMy Profile

  8. Blog bertahan lebih lama kan kalau nak berniaga online ni
    ENTRI Noriza Rahman ☛ Petua Menegang dan Menganjal Payudara KendurMy Profile

    1. Betul tu bila ada blog senang nak promote. Sekali tulis entri akan kekal dlm blog. Jadi tak perlu nak tulis berulang kali benda yg sama.

  9. Hampir semua orang yg berjualan pasti punya blog karena lebih menguntungkan dan bisa passive income
    ENTRI haki ☛ Cara untuk tidur lebih nyenyak di malam hariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme