Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Perkhidmatan Membaiki Smartphone Hardware Software Unlock

Perkhidmatan Membaiki Smartphone Hardware Software dan Unlock.

Apa khabar semua rakan-rakan dan pembaca blog ini ( masih ada kah ? Hehehe ). Maklumlah dah lama tidak aktif dalam dunia blogging ni. Bagaimana dengan dunia blogging sekarang ini. Masih meriahkah seperti dulu-duluan.

Maklumlah sekarang ini kebanyakkan blogger banyak yang beralih ke media sosial sebagai platform utama untuk berniaga dan berkongsi cerita. Atau saya yang ketinggalan maklumat tentang perkembangan blogger terkini.

Ok, beralih kepada apa yang nak disampaikan. Sebenarnya saya sekarang ni agak sibuk kerana telah menceburkan diri dalam bidang membaiki smartphone. Bidang teknologi ni sangat luas dan saya memilih untuk menceburkan diri dalam perniagaan membaiki smartphone. Ini juga adalah kerana minat dalam bidang teknologi.

Pada bulan April tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghadiri Kursus Membaiki Smartphone ( Software ) yang dianjurkan oleh pihak Bro Phone di Batu Pahat, Johor.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang ini. Saya mengambil keputusan untuk menghadiri kursus membaiki software smartphone. Akhirnya saya terbang juga dari Kuching, Sarawak ke Batu Bahat, Johor. Mengambil cuti sehari bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik bagi menghadiri kursus repair handphone.

Jadi selepas berkursus saya dengan rasminya terus memulakan bisnes ini. Banyak juga perniagaan dan bisnes yang cuba di ceburi. Tapi bila di fikirkan semula, perniagaan yang berasaskan kemahiran kita adalah lebih baik. Atas galakkan isteri dan keluarga saya teruskan.

Membaiki smartphone saya buat sebagai kerja Part Time sahaja. Ini kerana saya juga sebenarnya bekerja sebagai guru di sebuah sekolah yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak. Jadi masa untuk membaiki handphone agak terhad.

Antara perkhidmatan yang saya tawarkan ialah membaiki kerosakkan berkenaan Hardware, Software dan Unlock phone. Pada entri yang akan datang saya akan perjelaskan lebih lanjut berkenaan dengan tiga bidang ini secara lebih terperinci.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar semasa membaiki handphone :

 

AsSmartphone repair

Masa mula-mula membaiki smartphone awal Tahun 2017. Belum ada blower. Masih menggunakan pengering rambut.. maklum bajet tak besar.

 

iPhone yang pertama sekali di baiki. Masalah LCD pecah. Masa ni belum kursus lagi.

 

Handphone masalah stuck logo. Selepas dibaiki mengalami masalah imei number null dan masalah WiFi..antara cabaran selepas flashing handphone.

 

tukar lcd

Handphone samsung tukar LCD.

Ini adalah antara handphone yang dibaiki pada awal penglibatan saya dalam dunia membaiki handphone.

Akhir sekali, bagi yang tinggal di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Kota Samarahan, Sebangan dan Sebuyau boleh menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki handphone.

Boleh hubungi saya di Talian : 010-3312900

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

✦ Copyright ©2018 | Follow Google+ Wira Merah