Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Sangat Murahnya Dan Mudah Berniaga

Salam Sejahtera,

Mudah.My dan Murahnya.My – Rasanya semua orang sudah kenal dengan Mudah.my. Sayapun dah lama kenal dengan mudah . Cuma saya tidak pernah lagi berurusan jual beli di sini.

Manakala Murahnya pula masih baru kepada saya. Baru kenal dengan laman web ini. Murahnya juga seperti laman jualan mudah. Kedua-dua laman web ini adalah merupakan tempat untuk kita berjual beli.

Mudah Dot My ( mudah.my )

 

Seperti yang kita tahu. Mudah juga adalah merupakan tempat jual beli terbesar di Malaysia. Rasanya banyak sudah rakyat Malaysia yang berjaya menjadi penjual di laman web mudah dot my.

Di mudah anda boleh mendapat banyak barangan fizikal yang di jual di sini. Saya secara peribadi lebih suka dengan barangan aksesori dan alat ganti kereta di laman web mudah. Memang senang hendak mendapat barangan alat ganti kereta di sini.

mudah.my dan mudahnya.my

Barang Di Jual Di Mudah.my

Jika anda adalah peminat barangan terpakai. Saya rasa di mudah ini adalah antara lubok yang boleh anda terokai.

Membeli di mudah dot com anda harus berhati-hati untuk berurus niaga. Kerana polisi jual beli di mudah adalah anda harus ambil sendiri barang yang di beli. Jika anda ingin barangan di hantar secara pos. Anda sebagai pembeli harus menaruh kepercayaan kepada penjual. Dalam erti kata lain. Anda harus berhati-hati. Setakat ini saya jarang membaca tentang laporan mereka yang di tipu membeli di mudah.

Ada beberapa tips mudah yang perlu ada ikut sebelum berurus niaga di mudah. Untuk tips ini tunggu entri saya yang akan datang.

Murahnya Dot My ( murahnya.my )

 

Berbeza dengan mudah. Di sini bukan barangan fizikal yang di jual beli. Tapi ia lebih kepada menjual perkhidmatan dan perisian. Perkhidmatan yang di tawarkan di murahnya ada bermacam-macam. Contoh perkhidmatan yang di tawarkan seperti dalam gambar di bawah.

mudah.my dan mudahnya.my

Murahnya.my – Antara Perkhidmatan yang di tawarkan.

Di murahnya , perkhidmatan atau servis yang di tawarkan adalah serendah RM10. Sangat berbaloi dan sangat murah. Saya tertarik dengan beberapa perkhidmatan yang di tawarkan. Saya cuba untuk melakukan urus niaga dengan mereka.

Dari syarat-syarat yang ada di laman web murahnya ini, saya berpendapat ianya agak selamat untuk kita berurusniaga. Dan risiko kita untuk di tipu adalah sangat rendah.

Jangan berurusan di luar dari murahnya. Jika anda berurusan di luar dari murahnya. Memang anda mudahnya di tipu. Jadi jangan beri emel atau membuat bayaran jika penjual menyuruh anda membayar tidak melalui akaun anda di murahnya.

Jika anda ingin mendapatkan atau menjual perkhidmatan anda harus mendaftar dahulu.

Daftar Murahnya.My

 

Selepas membuat pendaftaran, anda akan di beri link pengesahan melalui emel yang anda daftarkan. Melalui emel ini juga anda akan di beri ebook percuma sebagai panduan untuk anda menjadi seorang penjual atau pembeli di murahnya.

Dengan ada murahnya ini bermakna anda boleh mempromosikan perkhidmatan yang anda tawarkan dengan senang. Jom daftar di murahnya dot my. Di sana anda akan dapat pelbagai idea untuk menjana pendapatan. Selamat mencuba dan berjaya di murahnya.

Jika ada pendapat dan pengalaman di murahnya. Kongsikan di ruangan komen.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

9 Comments

Add a Comment
  1. hehe. setuju2. amat senang bersama2 mudah dalam melakukan peniagaan.hehe
    ENTRI pahan ☛ Jadi, apa telefon yang terbaik tahun 2013?My Profile

    1. Dah namanya mudah…jangan mudah kena tipu sudah he..he..he..
      ENTRI Arman ☛ Sangat Mudah Dan Mudahnya BerniagaMy Profile

  2. Banyak cerita ngeri di mudah, sebab nak list barang pun sangat mudah. Dulu pernah gak aku berjual beli disitu. Tapi bila banyak sangat penipuannya, lebih baik berniaga di fb sendiri. Yang mudahnya tu tak pernah lagi berurusan.
    ENTRI Amran ☛ Program Cuti Sekolah Untuk Anak-AnakMy Profile

    1. Di mudah..aku sendiri blm pernah berurusan kat sana. Cuma selalu search barang tapi tak pernah beli. Itupun untuk compare harga…
      ENTRI Arman ☛ Sangat Mudah Dan Mudahnya BerniagaMy Profile

  3. emm tak pernah singgah lagi bro..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Anak Meragam Tandanya???My Profile

    1. Singgah lah bro… jangan lupa daftar sekali…
      ENTRI Arman ☛ Sangat Mudah Dan Mudahnya BerniagaMy Profile

  4. mudahnya.com tu lebih kurang macam fiver kan…
    ENTRI blogger lelaki ☛ 3 Juta Dollar Dalam Masa 4 HariMy Profile

  5. aku dah cash out untuk murahnya. Sekarang dah busy, so dah tak aktif..
    ENTRI Joe ☛ Komisyen Ke-57 Dari JobdirumahMy Profile

  6. memang lubuk buat duit tu. hoho..
    ENTRI titan ☛ You need to PRETEND.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme