Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Selamat Hari Gawai, Keamatan Dan Toneplus

Salam Sejahtera,

Apa khabar semua ? Semoga anda dalam keadaan sihat dan berbahagia disamping keluarga yang tercinta. Harap anda masih setia disini.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan takziah untuk keluarga Sultan dan rakyat Perak atas kemangkatan Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Selamat Hari Gawai dan Keamatan.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat hari Gawai untuk keluarga di sebelah isteri. Untuk pengetahuan rakan-rakan isteri aku adalah berbangsa iban. Jadi kahwin campurlah.

hari-gawai

Anak-anakku dalam pakaian tradisional iban.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang menyambut Hari Gawai. Selamat Hari Gawai ‘Gayu Guru Gerai Nyamai’. Sambutan Hari Gawai ini disambut pada setiap 1 Jun. Perayaan ini disambut oleh semua bangsa iban, bidayuh, kenyah, kayan dan orang ulu di Sarawak. Pada masa ini banyak yang balik kampung atau ke rumah panjang untuk meraikan perayaan ini.

Bagi rakan-rakan di semenanjung. Masa cuti sekolah pada bulan 6 ini adalah masa yang sangat sesuai untuk anda datang ke Sarawak untuk melancong. Boleh merasai bagaimana kemeriahan sambutan Hari Gawai. Jangan risau berkenaan dengan makanan. Ini kerana mereka akan menyediakan makanan yang halal khas untuk tetamu muslim. Jangan risau makanlah tanpa was-was. Jika anda tidak mahu makan, cukup anda berkata ‘perut dah kenyang’ dan minum air sirap @ bikarbonat sebagai menghormati mereka.

Tidak lupa juga dengan rakan-rakan di Sabah. Selamat menyambut hari keamatan. Bagi saya Gawai dan keamatan adalah dua perayaan yang sama. Cuma namanya sahaja yang berbeza.

Tune Talk Tone Plus

Hari ini juga aku telah membuat keputusan untuk menukarkan simkad celcom yang aku gunakan selama ini kepada simkad toneplus. Berkenaan dengan tone plus ini. Aku dah lama juga menjadi pemerhati berkenaan dengan bisness tone plus dan  juga tone excel sejak dari tahun 2012 lagi. Banyak yang aku baca berkenaan dengan simkad ini.

Sim Tone Plus

Simkad Tone Plus

Setelah membuat perbandingan dan membuat sedikit penyelidikan berkaitan kedua-dua simkad ini , aku memilih untuk menjadi pengguna simkad toneplus.

Kenapa aku memilih tone plus ? Aku akan kongsikan dalam entri yang akan datang. Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut boleh mendaftar di laman web smarttoneplus.com. Banyak maklumat di sana. Yang bestnya ada program affiliate (ramai blogger suka yang ini, he..he..he..).

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

8 Comments

Add a Comment
  1. kebetulan serentak dengan cuti sekolah, lebih meriah dan lebih mudah urusan.
    ENTRI Denaihati ☛ Status Halal Coklat Cadbury Dairy MilkMy Profile

  2. Pemborong Kain Cotton Vietnam

    mesti meriah sambutan hari gawai kt sana..sy belum pernah sampai lg sarawak
    ENTRI Pemborong Kain Cotton Vietnam ☛ 5 Tips Penjagaan Kain CottonMy Profile

    1. Datanglah ke Sarawak…banyak yang best kat sini.
      ENTRI Arman ☛ Selamat Hari Gawai, Keamatan Dan ToneplusMy Profile

  3. wah menarik tapi saya memag tida pengalam merasai detik best tu
    ENTRI suri ☛ Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

    1. Datanglah ke Sarawak..

  4. sarawak penuh dengan kesenian dan budayanya yang tersendiri
    ENTRI suri ☛ Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme