Salam Sejahtera,
Hari Malaysia di sambut setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Persekutuan Malaysia adalah terdiri daripada Tanah Melayu (semenanjung), Borneo utara (sabah), Sarawak dan Singapura. Dan kini Persekutuan Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna kita akan bercuti pada 16 September 2014 ini sebagai cuti umum. Cuti umum sempena hari Malaysia ini telah bermula pada tahun 2010 lagi.
Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Sempena hari Malaysia marilah kita doakan semoga negara kita aman dan damai. Walapun kita di pisahkan oleh Laut China Selatan tapi dengan perkembangan teknologi sekarang sepatutnya kita lebih memahami antara satu sama lain.
Malah apa yang aku perhatikan di laman sosial, ada beberapa pihak yang cuba untuk mengapikan isu-isu agama, perkauman dan kenegerian. Apa yang aku harapkan semoga semua api kebencian yang di tiup tidak di besar-besarkan. Hiduplah dalam aman damai, Malaysia telah menyatukan kita. Jadi kita harus bersyukur kerana dapat hidup di Negara yang aman damai ini.
Kesimpulan
Selamat Hari Malaysia sekali lagi aku ucapkan untuk seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita akan kekal aman damai. Hentikan segala macam perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan kita rasa berdendam dan tidak puas hati antara satu sama lain.
Marilah kita sama-sama doakan semoga rakyat Malaysia tetap bersatu seperti mana yang ditunjukkan semasa kita menghadapi situasi sulit seperti kehilangan MH370, MH17 dan serangan keatas lahad datu. Cinta kita tetap pada negara Malaysia.
Malaysia – Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Jadi apa komen anda ? Tinggalkan di ruangan komen apa harapan anda pada negara yang tercinta ini.
Selamat Hari Malaysia yg ke-51 bro…semoga negara kita terus sman damai.
ENTRI Kamil Salleh ☛ Majlis Perkahwinan Mohd Ikhwan Dan Nor Hidayah 14 September 2014
Tq bro, amin.
dan lagi semoga negara kita maju ke hadapan.
Yup betul tu maju dan terus maju…
ada cuti lagi aduh seronok sahaja kata saya pada suami heee
ENTRI suri ☛ CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Semua isteri suka bila dengar suami ada cuti he..he..he..
ENTRI Arman ☛ Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
selamat menyambut Hari Malaysia! Apa aktiviti yang paling patriotik untuk dibuat ya pada hari sambutan ni?
Lebih kurang macam sambutan hari merdeka, tapi sambutan ini untuk penutupan bulan kemerdekaan.
ENTRI Arman ☛ 5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51 buat seluruh rakyat Malaysia…
ENTRI Denaihati ☛ Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Tg bro denaihati..
ENTRI Arman ☛ 5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
yang penting juga..selamat bercuti.ha..ha..
ENTRI Hero Borneo ☛ Hari Malaysia adalah Nikmat Merdeka
terima kasih…masih bekerja untuk cabaran iphone 5s ni he..he..he..
Selamat menyambut Hari Malaysia. Penyatua bersejarah yang penting diantara, Sabah, Sarawak dan Malaysia.
ENTRI akubiomed ☛ Di sini lahirnya sebuah cinta
Tq bro akubiomed, ada banyak hikmah dari penyatuan ini.
Selamat hari Malaysia bro..peristiwa sabah,kita di semenanjung turut terima tempiasnya..saya sayang malaysia…
ENTRI Hafizul ☛ Gembira Hutang PTPTN Selesai