Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua ? Bagaimana puasa tahun ini. Semoga semua amalan kita akan di terima oleh Allah s.w.t. Dan semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

selamat-hari-raya

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan yang menyambut hari raya. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap saya sepanjang saya mengenali anda. Sama ada kenal secara online atau offline.

Sekiranya ada status facebook, IG, WeChat, Twitter atau Whatsapp saya menyebabkan anda tersinggung, harap dapat di maafkan. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini. Saya juga mohon maaf jika ada tulisan dan komen saya yang menyinggung perasaan anda.

Hari ini perjalanan kami sekeluarga balik ke kampung. Doakan perjalanan kami selamat sampai. kami akan bertolak dari kapit ke sibu menggunakan boat ekspress pada pukul 3.15 petang. Dan akan bermalam di sibu. Keesokkan hari kami akan berangkat ke kuching menggunakan kapal terbang pada pukul 8.15 pagi. Letih memang letih, tapi bila melihat anak-anak seronok keletihan akan hilang. Lebih-lebih lagi dapat jumpa dengan ibu bapa dan keluarga di kampung.

Saya doakan semoga perjalanan kita untuk balik kampung ini akan selamat. Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita selamat tiba.

Dan kesempatan ini juga saya mohon rakan-rakan dapat sedekahkan al-fatihah untuk Armarhumah adik saya Zalina Bt Seman. Hari ini adalah genap setahun hijrah beliau meninggalkan kami sekeluarga. Al-fatihah. Semoga rohnya di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Akhirnya sekali terima kasih kerana membaca artikel ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri semoga raya ini membawa seribu erti untuk kita. Selamat tinggal Ramadhan semoga kita berjumpa lagi di tahun depan.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

5 Comments

Add a Comment
  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri… Ampun Maaf Zahir Batin…
    ENTRI Anuar ☛ Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred W27 5 Ogos 2014My Profile

  2. Selamat hari raya bro. Semoga selamat sampai.
    ENTRI Hazmin Hamudin ☛ Dah Dapat Baju BaruMy Profile

  3. salam. selamat hari raya. lama dah tak jenguk sini.hehe.
    ENTRI pahan ☛ Sambutan Maulidur Rasul 1433 HMy Profile

  4. singgah disini sekejap. cantik blog ni.nampak kemas
    ENTRI ainun ☛ 90% Peserta Berjaya Buat DuitMy Profile

    1. Sudi2lah singgah selalu…apapun tq sudi singgah kat sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme