Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha | Salam Sejahtera,

Takbir Hari Raya

Rakan-rakan blogger dan pengunjung blog Wira Merah yang di sayangi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha. Semoga perayaan yang di sambut setiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia ini memberi seribu makna buat kita.

Menunaikan haji bagi yang mampu adalah merupakan rukun Islam kelima. Setiap umat Islam memang memasang impian untuk menunaikan fardhu haji suatu hari nanti.

Begitu juga dengan aku, impian untuk menunaikan haji suatu hari ini harap dapat di makbulkan oleh Allah SWT. Bila ? Biar Allah yang tentukan bila kita akan menjadi tetamunya.

Bagi semua jemaah haji khususnya Jemaah haji Malaysia, marilah kita doakan semoga mereka mendapat haji yang Mabrur.

Semoga jemaah haji berada dalam keadaan yang sihat dan dipermudahkan untuk mereka menunaikan fardhu haji. Harap mereka juga selamat sampai dan selamat juga kembali ke tanah air.

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini juga, tidak lupa juga seluruh umat Islam yang mampu akan mengerjaaan Ibadah Korban. Semoga ibadah yang di lakukan di terima oleh Allah SWT dan mendapat pahala dan balasan yang baik.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah pada tahun ini aku dapat juga melaksanakan niat untuk mengerjakan ibadah korban. Niat ini telah terpendam selama 2 tahun. Syukur atas nikmat yang Allah berikan. Semoga kita semua di murahkan rezeki.

Jika belum sampai seru untuk mengerjakan ibadah haji sekurang-kurangnya kita dapat mengerjakan ibadah korban yang besar pahalanya. Walaupun ia cuma ibadah sunat yang perlu kita lakukan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Mohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

8 Comments

Add a Comment
  1. Alhamdulillah dah bisa melaksanakan ibadah qurban yah mas, kl saya mesih belum bisa mlksanakan, belum cukup duit terkumpul, semuga pengurbanan tak pernah sia2..
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Apa Sih Blog ItuMy Profile

    1. Alhamdulillah mas rizky..tq.
      ENTRI Wira Merah ☛ Selamat Menyambut Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

  2. Selamat hari raya Aidiladha…Alhamdulillah tercapai juga hajat nak buat qurban tahun ni ya..InsyaAllah akan semakin murah rezeki nanti.
    ENTRI AkmaOmar ☛ Apa Yang Menarik Di BusanMy Profile

    1. Tq..akma sudi singgah sini. Amin.

  3. salam aidiadha biat bro dan semua pembaca blog bro. selamat buat ibadah korban
    ENTRI Denaihati ☛ Suasana di Sekitar Masjidil Haram Musim Haji 2014 / 1435HMy Profile

  4. salam aidiladaha bro..semoga ibadah korban bro itu akan menambahkan lagi rezeki untuk ibadha ditahun hadapan pula
    ENTRI blogger lelaki ☛ Korban, Pengorbanan Dan QurbanMy Profile

    1. Wslam bro, tq. harap makbul doa tu bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme