Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Selamat Tinggal November 2013

Salam Sejahtera,

Selamat Tinggal November – Bulan ini kita berada di bulan terakhir dalam tahun 2013. Bermakna tidak lama lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita. Bersediakah kita untuk menempuh cabaran dan dugaan untuk 2014. Selamat tinggal November dan di harap bulan terakhir 2013 ini kita dapat mencapai azam yang telah kita tetapkan di awal 2013 dahulu.

Entri ini adalah susulan dari entri Tetapkan Sasaran November Blog Anda. Ini bermakna blog wira merah ini sudah wujud selama 2 bulan. Selama dua bulan ini banyak perkara baru yang telah dipelajari.

Pada bulan november lepas. Aktiviti online sangat berkurangan. Jadi blog ini bersarang juga. Lepas ini komitmen untuk berblog perlu ditingkatkan untuk mencapai beberapa sasaran yang belum tercapai lagi.

Untuk ruangan Top Comentator pada November tak sempat nak ambil screen shot . Masih lagi masalah streamyx di sebabkan tanah runtuh yang lepas. Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen di blog saya ini.

november tanah runtuh

18 November 2013 – Tanah Runtuh Kapit

Kini saya terpaksa melanggan DiGi Internet Mobile untuk online. Saya ambil pakej 1 bulan 2GB berharga RM48.00. Ambil pakej sebulan sebab saya jangka masalah streamyx ini mungkin akan berlarutan sepanjang December ini. Bersabar sahaja dan bil tetap di bayar.

Untuk sasaran blog pada december ini masih meneruskan sasaran bulan november yang lepas. Perlu kerja lebih kuat lagi. Walau banyak ilmu yang telah di pelajari hasil blogwalking. Tapi ilmu-ilmu ini masih tidak sempat untuk dipraktikkan sepenuhnya.

Bila masalah streamyx ini berlarutan memang menyebabkan semangat dan emosi untuk berblog berkurangan. Pendek kata semua aktiviti berkaitan online semua turun. Dengan melanggan DiGi pun cuba dengan niat untuk kemaksini blog dan untuk blogwalking. Harap perkhidmatan DiGi tidak menghampakan.

Di harap juga pihak TM dapat membaiki kerosakkan di sebabkan tanah runtuh yang lepas di percepatkan. Jangan pula berlarutan sehingga tahun 2014. Jika masalah ini tidak diselesaikan segera ia memberi masalah kepada kami yang melanggan streamyx. Ini kerana kami tetap membayar perkhidmatan yang di gunakan walaupun ia tidak dapat di gunakan.

Pada bulan Disember ini banyak kerja tertunggak yang perlu di lakukan dan beberapa projek terpaksa di batalkan. Paling penting semangat untuk berblog terus ada. Bagi blog yang tidak sempat saya kunjungi dan tinggalkan komen. Dalam beberapa hari ini saya akan membalas kunjungan anda.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

2 Comments

Add a Comment
  1. jangan layan youtube sangat. kang habis bandwidth cepat. 2GB bagi aku..tak sampai seminggu leh habis. haha..

    sebab tu aku guna streamyx. unlimited bandwdith.
    ENTRI titan ☛ Apa kaitan Feed-in Tariff (FiT) dan RE Fund dengan bil elektrik rumah kita?My Profile

    1. Tq..titan. Kalau downlaod lagu or video ok ke bandwidth ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme