Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Soalan UPSR Bahasa Inggeris Bocor

Salam Sejahtera,

Semalam heboh pasal soalan Sains 018 UPSR bocor. Dan hari ini kertas soalan UPSR Bahasa Inggeris bocor. Memang setiap kali peperiksaan, perkara sebegini sering terjadi. Masa aku bersekolah dulu pun ada juga berita tentang soalan bocor ni. Cuba yang bezanya sekarang, soalan yang bocor mudah di hebahkan melalui laman sosial.

soalan-upsr-bahasa-inggeris-bocor

Sumber : LP – KPM

Soalan UPSR Bahasa Inggeris Bocor

Kesian tengok murid-murid yang sepatutnya pada hari ini, mereka sudah ‘merdeka’. Tapi oleh kerana sikap segelintir guru yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Mereka terpaksa sekali menduduki ujian UPSR Bahasa Inggeris dan juga Sains pada 30 September 2014 nanti.

Di harap ibu bapa dan murid-murid yang terlibat bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Aku pun pada mulanya sangat marah. Apabila mendengar berita kertas soalan Sains 018 bocor semalam. Tapi bila di fikirkan balik tiada gunanya marah, usaha tetap diteruskan dan di harap murid-murid dapat membuat persediaan terakhir untuk 2 minggu ini.

Perkara harus di siasat dengan teliti, bukan untuk mencari siapa ? Tapi perlu juga di siasat kenapa perkara ini terjadi. Mungkin ada tekanan-tekanan yang dihadapi oleh guru ini sehingga sanggup melakukan melakukan perkara ini. Aku rasa setiap perkara yang berlaku ada sebabnya. Supaya perkara sebegini dapat di elakkan berlaku di masa hadapan.

Kesimpulan

Aku harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Banyak kerugian yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan dan mungkin juga ibu bapa. Untuk murid-murid UPSR 2014 khasnya anak didik aku sendiri. Semoga kalian akan berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR ini.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

4 Comments

Add a Comment
  1. entah la. naik pening aku layan benda ni. haha
    ENTRI titan ☛ Kertas Soalan Sains UPSR bocor dan di tunda ke 30 September 2014?My Profile

    1. Teruskan usaha. Harap soalan tak susah sangat. Takut banyak soalan KBAT habis budak2 tu nanti. Mood dah kelaut…

  2. Kesian. Mungkin nanti kita boleh buat 2-3 set soalan. Standby.. just in case.. ^_^
    ENTRI MissPuan Yati ☛ Meroti dan mempizzaMy Profile

    1. Yalah terpaksa budak2 tu berkorban tak jadi nak merdeka. Set soalan utk stanby mmg ada, incase utk kes soalan bocor cam ni. Tapi terpaksa menunggu juga sbb masih berada di lembaga…tunggu nak edar sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme