Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Strategi Rubiks Cube Untuk SEO

Strategi Rubiks Cube Untuk SEO | Salam Sejahtera,

Dulu aku pernah kagum dengan seorang budak sekolah menengah. Aku rasa masa tu dalam tahun 2010. Pertama kali aku jumpa orang yang boleh menyusun Rubik’s cube dalam masa yang cepat.

Budak sekolah menengah, aku rasa masa tu dia baru habis SPM. Memang aku kagum sangat. Akibat rasa kagum tadi akupun mula mencari dan membeli satu rubiks cube. Aku cuba menyusun rubiks cube yang aku beli, tanpa ilmu. Kononnya, kalau budak tu boleh. Kenapa aku tidak. Puas mencuba aku gagal.

Aku gagal kerana tiada ilmu berkaitan dengan Rubiks cube. Dan akhirnya aku mencari di youtube. Rupanya banyak tutorial yang mengajar cara menyusun rubiks cube. Setelah menonton beberapa video, aku dapat video bersiri yang mengajar menyelesaikan rubiks cube langkah demi langkah.

Rubiks Cube

Rubiks Cube Untuk SEO

Dengan ketekunan dan semangat untuk menyelesaikan susunan warna pada rubiks cube akhirnya aku berjaya. Percaya tak aku belajar dan menghafal langkah-langkah dan teknik yang di ajar sehingga pukul 4 – 5 pagi. Memang bersemangat. Bila dapat aku rasa kepuasan yang sukar hendak di gambarkan.

Apa yang aku fikirkan sukar untuk dilakukan rupanya ia sangat mudah apabila kita mengetahui langkah dan teknik yang betul.

Strategi Rubiks Cube Untuk SEO

Apa pula kaitan rubiks cube dengan SEO ? Jawapannya ada dalam Kitab SEO Merah Jambu. Kenapa ada di sana. Sesetengah orang merasakan SEO adalah sesuatu yang susah. Sama macam tanggapan aku yang dulu. Tapi bila kita dah tahu strategi dan tekniknya. Ianya sangat mudah.

Untuk menguasai teknik SEO ilmu haruslah ada. Usaha anda akan menjadi sia-sia tanpa ilmu. Kalau berjayapun ia akan mengambil masa yang agak lama.

Dengan merujuk Kitab SEO Merah Jambu anda hanya perlu tiru langkah dan strategi yang Encik Titan terangkan dalam Kitab SEO beliau.

Rubiks Cube

SEO ni macam Rubiks Cube

Sama macam kita selesaikan masalah rubiks cube tadi. Kita cuma perlu tiru langkah dan strategi orang lain. Buat setiap hari, dan akhirnya berjaya. Samalah kalau kita suka bermain dengan SEO. Perkara yang sama di ulang. Bila dah menguasai langkah dan strategi SEO gaya Encik Titan semuanya akan menjadi mudah.

Jangan peningkan kepada pasal SEO kerana Encik Titan dah mudahkan kita untuk memahami teknik dan strategi yang beliau gunakan.

Kesimpulan.

Pandai-pandai anda menafsirkan apa yang aku tulis di sini. Mungkin agak mengarut. Ini kerana dua hari ini, aku ulangkaji menyelesaikan masalah rubiks cube ini. Dan lebih 3 tahun tak pegang rubiks cube. Memang janggal juga pada mulanya. Akhirnya buka kitab lagi. Ulangkaji, cuba dan cuba akhirnya berjaya.

Dapatkan Kitab SEO Merah Jambu sekarang.

Jangan cuba main SEO kalau ilmu tak ada. Rugi masa dan tenaga anda sahaja. Jika ada cara mudah kenapa mahu guna cara susah. Pecah palak mikir.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

10 Comments

Add a Comment
  1. Ya betul tu. . Saya setuju sangat. . Nak berjaya dalam seo, kita kena byk buat praktikal. ..
    ENTRI anuar ☛ Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

    1. Ya bro…tak prkatikal akan memahirkan…
      ENTRI Wira Merah ☛ Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?My Profile

  2. Belajar dan terus berlatih sehingga berjaya.. Tiruvasi dan kaut komisen..

    1. Tiruvasi, inilah kunci kejayaan sebenarnya…
      ENTRI Wira Merah ☛ Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?My Profile

  3. SEO nie macam sifir, makin kita hafal & buat makin paham. Ada teori je takde practice pun tak jadi. Redah je.

    1. Betul tu Suriya, mesti buat selalu.
      ENTRI Wira Merah ☛ Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?My Profile

  4. perkataan yang last tu menyebabkan rakan kita dari sana akan pecah palak mok faham..he..he..
    ENTRI Kakiblog ☛ Halangan Untuk BlogwalkingMy Profile

    1. Sik apa, tauk sidak ya kelak…
      ENTRI Wira Merah ☛ Dalam Dilema Nak Beli iPhone 6 atau ?My Profile

  5. kalau kita tahu jalan memang lah senang kita nak ke sana
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  6. owh… macam tu rupenye…. akan dicuba, try n error… tq atas info ni
    ENTRI Alongxp ☛ Kerja di rumah lebih baikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme