Salam Sejahtera,
Agak sedih malam ni Sarawak kalah 3 – 1 lawan Pahang. Apapun aku secara peribadi memang puas hati dengan semangat Ngap Sayot. Selepas di katakan pasukan cap ayam mereka bangkit untuk terus berjuang.
Adat perlawanan kalah menang itu perkara biasa. Apapun Sarawak masih ada peluang untuk menang. Main ditempat sendiri adalah satu kelebihan.
Lepas tengok bola aku cuba test power SEO blog aku. Sama ada ia berhasil atau tidak. Keyword yang di sasarkan ialah ciri-ciri blogger berjaya. Dengan usia blog lebih kurang 2 minggu.
Untuk menguji keberkesanan SEO ini aku guna 3 browser berlainan. Aku gunakan Safari, Crome dan Firefox. Enjin carian aku gunakan google.
Aku gunaan bowser berlainan kerana ingin menguji sama ada keputusan yang diperolehi sama atau tidak.
Di bawah ialah print skrin yang aku buat. Atau anda boleh layan live di Google.com. Dan taip kata kunci ciri-ciri blogger berjaya.
Mungkin keputusan di perolehi tidak sama. Kerana ia akan berubah jika ada persaingan untuk kata kunci ini.
Dengan hasil carian sebanyak 1,040,000 blog wira merah dengan kata kunci ciri-ciri blogger berjaya berada di page pertama kedudukan kelima.
Untuk ketiga-tiga browser yang digunakan ia menunjukkan keputusan yang sama. Ini bermakna tanggapan aku salah sebelum ini.
Aku membuat hipotesis bahawa browser berlainan akan mempengaruhi hasil carian. Ternyata ia salah.
Setakat ini aku cuma optimasikan on-page SEO.
Untuk keyword ‘wira merah’ alhamdulillah hari ini masuk page pertama di google. Selepas beberapa hari berada di page 2 dan 3. Turun naik. Itupun masih pada kedudukan tidak selamat di page 1. Berada di kedudukan 11 kalau 12 dah masuk page 2.
Sarawak kalah tapi kedudukan blog dari segi SEO mengembirakan aku sedikit. Bermakna aku perlu memberi perhatian kepada qualiti konten.
Dan juga perlu perhatian dengan SEO off page yang aku masih belum faham sangat.
Seperkara lagi, aku menguji keyword ciri-ciri blogger berjaya menggunakan google.com.my. Nak tahu apa keputusannya. Boleh semak sendiri di google Malaysia.
Keputusan setakat ini amat menyedihkan kerana ia berada di page 9. Ini yang membuatkan aku biul sikit.
Rakan-rakan yang dah otai pasal SEO. Boleh terangkan sikit kenapa boleh jadi begini. Hasil carian di google.com dan google.com.my sangat jauh beza keputusannya.
Adakah ini disebabkan oleh humingbird agloritma baru google. Atau ada sebab lain.
Kesimpulan.
SEO ini sangat sukar untuk di fahami. Apa yang penting tulis dan terus menulis. Aku yakin google suka dengan entri baru dan segar dari ladang.
JIka anda ada pendapat dan cadangan. Tinggalkan diruangan komen. Kejayaan itu walaupun kecil kita harus menghargainya. Kerana kejayaan kecil itulah yang akan memberi kita kejayaan yang besar. Tanpa yang kecil tiadalah yang besar.
coba mas pakai IPnya google http://173.194.69.94 di komputer saya kiwod tersebut ada di halaman 1 (pejwan) posisi teratas, salut dengan SEOnya
ENTRI Rizkyzone.com ☛ Roti Rumahan, Usaha di Rumah yang Menggiurkan
Tq mas. baru nak belajar.
ENTRI Arman ☛ Teknik SEO Ciri-Ciri Blogger Berjaya
banyak belajar akan akan mendewasakan blog 🙂
ENTRI pahan ☛ JAWAPAN – SEGMEN KAU BERTANYA KAMI MENJAWAB
Blog aku blm akil baligh lagi. Blm dpat mimpi 🙂
haha
ENTRI pahan ☛ Semua perlu kau tahu tentang Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
ni yg rasa nak buat entry nih pakai keyword ni test tgk, hehehe
ENTRI Juan ☛ Isu Kalimah Allah Semenanjung Malaysia
permainan SEO memang misteri dan mengujakan
ENTRI kakiblog ☛ 3 Cabaran Utama Blogwalking
Akupun tak brp faham. Ada keyword yg boleh naik. Ada yg tidak.
Browser tidak mempengaruhi ranking website. Cuma yg menyebabkan kedudukan mungkin berbeza di browser lain adalah cookie. sebab itu, kalau anda gunakan mode private/ignito anda akan melihat kedudukan yang asli
ENTRI Joe ☛ Komisyen Ke-40 Dari Jobdirumah
Tq. Atas penjelasan.
ENTRI Arman ☛ Teknik SEO Ciri-Ciri Blogger Berjaya
rasa aku cara google collect data amat berbeza bagi kedua-dua geolocation tu kot.Ada caranya google gunakan dengan crawler mereka tu. Tu kekadang kalau pegi Keyword Planner ada sesetengah keyword takde data sangat..tak cukup katanya
ENTRI reezluv ☛ Apa Harapan Bajet 2014?
Aku dah tukar setting kat geolocation di google webmaster. Mungkin akan mempengaruhi carian di google.com.my. Harap ada kesan nanti.
ENTRI Arman ☛ Mac OS X Mavericks 10.9 Percuma
terbaik bro..nnt boleh ajarkan saya yer bro
ENTRI blogger lelaki ☛ Apa Itu Hak Asasi Manusia?
Aku cuma terapkan asas seo je bro.Insya Allah nanti kongsi di blog ni.Aku pun masih belajar he..he..he..
Emm agaknya la kan..kalau buat marketing ni ada sale dop?haha..tahniah bro..
ENTRI Hafizul ☛ Blog Isteri Curang