Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Tip Keselamatan Komputer Anda

Keselamatan komputer adalah perkara yang penting. Walau penting, banyak lagi antara kita yang tidak mengambil kisah perkara ini. Keselamatan komputer penting untuk mengelakkan kerosakkan atau kecurian data yang terdapat pada komputer.

Komputer kini menjadi satu keperluan. Aku percaya setiap rumah mesti ada sebuah komputer. Paling tidakpun komputer 1 Malaysia mesti ada. Bila ada komputer, keselamatan komputer adalah sangat penting.

Hari ini aku cuba hendak kongsikan beberapa tips keselamatan komputer.

tip keselamatan komputer

Tip Keselamatan Komputer

Sistem Operasi Tulen. ( Operation System – OS )

Bagi pengguna komputer yang menggunakan sistem operasi windows. Pastikan komputer anda menggunakan OS yang tulen dan bukannya cetak rompak. OS ini adalah umpama nyawa yang ada pada komputer. Tanpa OS komputer anda tidak akan dapat berfungsi.

Menggunakan OS tulen akan memudahkan ada untuk membuat kemaskini. Pihak Microsoft akan mengeluarkan kemaskini supaya komputer kita sukar untuk dijangkiti virus atau di ceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tapi malangnya kebanyakkan rakyat Malaysia sangat berminat untuk menggunakan OS cetak rompak. Jika tidak mampu mengunakan MS Windows tulen. Anda boleh beralih ke alternatif yang lain. Anda boleh menggunakan sistem operasi seperti Ubuntu, Linux Mint, Fedora dan ada berpuluh jenis OS sumber terbuka yang lain.

Bagi pengguna komputer Apple tiada masalah kerana komputer mereka memang telah dipasang dengan Mac OS yang tulen.

Untuk membeli komputer baru pastikan anda membeli komputer yang sudah dipasang dengan OS yang tulen. Biasanya ada logo atau sticker Windows pada komputer.

Anti-virus

Jika anda penguna Mac OS atau OS sumber terbuka, anda boleh mengabaikan penggunakan anti-virus. Walaupun begitu ia tetap masih penting.

Bagi pengguna Windows. Anti-virus adalah perisian yang wajib anda pasang. Ini kerana komputer yang menggunakan OS Windows lebih terdedah kepada virus, spyware dan malware.

Get Protection – ESET

Untuk pemilihan anti-virus. Bagi aku ia bergantung dengan keperluan. Jika anda kurang aktiviti pembelian atau perbankan online. Aku rasa versi percuma sudah memadai. Yang penting ia mesti seiring dengan OS tulen.

Anti virus berbayar adalah pilihan yang lebih baik jika anda aktif secara online. Kerap berurusan dengan bank secara online dan mempunyai perniagaan online. Anti-virus yang berbayar lebih banyak fungsi dan lebih tinggi tahap keselamatannya.

Jangan gunakan perisian cetak rompak.

Penggunaan perisian cetak rompak akan menyebabkan anda lebih terdedah kepada pencerobohan terhadap komputer anda. Mungkin boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer.

Penggunaan perisian cetak rompak biasanya terdapat script jahat akan dipasang dalam komputer kita. Setiap script jahat ini ada pelbagai tujuan tertentu. Samada untuk mencuri maklumat, merosakkan komponen komputer atau menyebabkan komputer menjadi lambat.

spy ware

Image – kredit to brookfieldtec.com

Bagi aku perisian cetak rompak yang bahaya dipasang adalah games dan anti virus. Jika anda kaki games dan biasa dengan perisian cetak rompak. komputer anda mungkin dalam perhatian atau kawalan hacker. Jadi berhati-hati.

Kesimpulan.

Bagi aku, 3 perkara ini adalah sangat penting untuk asas keselamatan komputer. Tiada gunanya anda membeli anti virus yang kononnya power tapi dalam masa yang sama anda menggunakan sistem operasi cetak rompak atau crack.

Jika ada pendapat dan pengalaman berkaitan dengan komputer anda sila tinggalkan komen di bawah untk dikongsi bersama.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

17 Comments

Add a Comment
  1. boleh jimat bajet ke kalau guna yg tiru ?
    ENTRI encikarman ☛ Inovasi Galaxy Note 3My Profile

    1. Boleh jimat bro. Tapi byk alternatif percuma dari kita guna yg crack.

  2. lama tak baca baca pasal tips komputer ni
    ENTRI blogger lelaki ☛ Cara Mengetahui Handphone Samsung OriginalMy Profile

  3. info komputer ni dah lama aku x follow, dulu zaman study aku ni kira geek komputer juga, skrg x follow dah, janji komputer hidup dan ada internet, tu jer, hehee
    ENTRI Juan ☛ Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dan Wartawan – Kefahaman Yang BercelaruMy Profile

    1. Akupun sama. Byk kawan tanya. Komputer macam2 masalah. Bila asas dah silap. mmg mcm2 berlaku.
      ENTRI Arman ☛ Tip Keselamatan Komputer AndaMy Profile

  4. Sistem operasi komputer aku ni memang yang ori. Puas hati pakai.

    1. Paling penting OS ori.

  5. Ha..gua baru tahu yang Apple guna MAC original. Teringin nak beli apple tapi risau lah pasal software-software.
    ENTRI adikensem ☛ Pengalaman Pertama Cabut Undi Rumah Alam Prima 2 Shah Alam SPNBMy Profile

    1. Risau pasal ape. Tak paham he..he..he…

  6. kerana saya masih menggunakan komputer / jasa warnet jadi saya tak terlalu menghiraukan urusan ini mas, masalah perawatan komputer biar teknisinya saja, soalnya kan saya belum punya komputer sendiri
    ENTRI Rizkyzone.com ☛ Roti Rumahan, Usaha di Rumah yang MenggiurkanMy Profile

    1. Macam tak percaya blm ada komputer sendiri. Apapun aku respect dgn kamu. Boleh aktif berblog.
      ENTRI Arman ☛ Teknik SEO Ciri-Ciri Blogger BerjayaMy Profile

      1. sebenranya saya ada sih mas perangkat komputer, hanya saja jarang dan hampir tak pernah saya pakai, kerana belum ada koneksi internetnya, makanya saya masih menggunakan jasa warnet (warung iternet), maklumlah mas saya juga orang kampung yang tak ingin gaptek
        ENTRI Rizkyzone.com ☛ Cara Tercepat Menurunkan Ranking AlexaMy Profile

  7. buat auto save semua setting kat internet. sekarang pc perlu banyak kosong. pakai cloud semuanya.hehe
    ENTRI pahan ☛ JAWAPAN – SEGMEN KAU BERTANYA KAMI MENJAWABMy Profile

    1. Aku guna cloud utk file penting. Itu pun utk ganti tugas pendrive :).
      ENTRI Arman ☛ Teknik SEO Ciri-Ciri Blogger BerjayaMy Profile

  8. Apa yang bro sebutkan ni memang perkara asas yang harus ada pada sebuah komputer..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Blog Isteri CurangMy Profile

    1. Tapi yang asas nilah yg sering kita lupakan.

  9. tips berkomputer yang susah kita nak jumpe sekarang ni..
    ENTRI hafizi ☛ Panduan Jadi Blogger TerkenalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme