Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tetap Tip Top

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tip Top | Salam Sejahtera

Kereta kini ia merupakan satu keperluan. Setiap orang ada keinginan untuk memiliki kereta. Cukupkah sekadar memiliki kereta. Kita juga perlu belajar cara penjagaan kereta supaya kereta kita tetap berada dalam keadaan yang baik.

Apa yang penting dengan sedikit ilmu cara untuk penjagaan kereta, kita dapat memanjangkan jangka hayat komponen kereta kita supaya tidak mudah rosak. Dan lebih penting kita tidak mudah di tipu oleh pomen-pomen yang ada diluar sana.

Memandangkan harga barangan yang semakin meningkat, adalah sangat perlu kita sebagai pemilik kenderaan mengetahui dan belajar serba sedikit berkaitan dengan penjagaan kereta.

Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit amalan cara penjagaan kereta yang saya amalkan untuk menjaga kereta Proton Wira ( 10 Tahun ) dan Toyota Avanza ( setahun lebih ). Harap perkongsian ini nanti dapat membantu anda. Dan lebih penting dapat menyelamatkan duit anda dari mengalir keluar poket anda dan masuk poket pomen.

Tips Penjagaan Kereta.

1.  Enjin

Enjin adalah merupakan komponen yang sangat penting untuk kereta kita. Tanpa enjin tiada maknanya kita menggunakan kereta mahal-mahal. Tetap tidak akan bergerak.

Untuk menjaga enjin kereta, servis secara rutin adalah sangat penting. Biasanya 5000 KM atau 3 bulan mana yang terdahulu. Untuk servis pemilihan minyak adalah sangat penting. Pemilihan minyak untuk servis hitam adalah sangat penting. Jika boleh pastikan anda menggunakan minyak hitam dari jenama dan gred yang sama.

Jangan terlalu kerap menukar jenis minyak hitam. Maksud saya, jangan tiap kali servis sentiasa hendak tukar jenama minyak hitam. Sekejap guna shell, sekejap guna petronas, sekajap guna caltex atau apa-apa jenama yang tidak dikenali.

Pengalaman kawan saya sendiri, pernah tertipu membeli minyak hitam caltex tiruan. Akibatnya bunyi enjin menjadi kasar.

Tips Penjagaan Kereta

Keadaan Enjin Kereta Proton Wira Berumur 10 Tahun – Tips Penjagaan Kereta

2. Cat

Kos untuk mengecat kereta untuk luar sahaja melebihi RM1K – RM2K. Lainlah kalau anda memang banyak duit dan sentiasa ingin menukar warna cat kereta. Bagi saya, kalau boleh kekalkan cat yang asal lagi bagus. Tapi apa boleh buat, kereta wira saya hari tu tak boleh nak selamat dah. Berjemur dan berpanas 24 jam di kawasan terbuka. Cat memang tak boleh nak selamat sebab tiada tempat parking berbumbung.

Jika anda tiada tempat parking berbumbung, pastikan kereta anda di simbah dengan air. Ini kerana air embun yang terkondensasi pada kereta boleh menyebabkan cat kereta lebih cepat luntur.

Pastikan juga anda wax atau polish kereta paling teruk pun 2 – 3 bulan sekali. Tak mampu buat sendiri hantar kedai. Tapi buat sendiri lagi jimat. Gunakan masa hujung minggu untuk kerja-kerja menge’wax’ kereta anda.

3. Tayar

Tayar merupakan elemen yang penting untuk sesebuah kereta. Untuk penjagaan tayar. Sebaiknya tayar yang diganti hendaklah dari jenis yang sama. Pastikan angin pada tayar mencukupi. Sebaiknya cek kandungan angin pada tayar. Boleh cek sendiri atau bawa di bengkel. Tekanan angin pada tayar adalah mengikut jenis kereta. Biasanya ada di nyatakan di bahagian pintu pemandu. Boleh semak untuk jenis kereta anda.

Tayar juga sebaiknya di tukar kedudukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Maksudnya tayar depan sebelah kiri, pasang di belakang sebelah kanan. Tayar belakang kanan, pasang di sebelah depan kiri. Begitulah sebaliknya.

Kesimpulan

Penjagaan kereta sangat penting bagi meminumkan kerosakkan pada kereta. Bila kerosakkan dapat diminumkan bermakna kita akan banyak berjimat. Jika anda berminat untuk mendalami ilmu penjagaan kereta saya sarankan anda dapatkan Panduan Lengkap Jaga Kereta.

Terdapat banyak tips penjagaan kereta dalam panduan lengkap jaga kereta , apa yang penting selepas anda memiliki panduan ini tiada pomen yang boleh mengelentong anda sebarangan kerana anda memiliki ilmu berkaitan dengan kereta.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

20 Comments

Add a Comment
  1. Terima kasih di atas perkongsian info . Menjaga kereta merupakan satu keperluan. .. kalau tak dijaga dgn baik boleh menyebabkan kerosakan. .
    ENTRI anuar ☛ Dapatkan Sistem Autoresponder PERCUMA Untuk Mempromosikan Perniagaan anda..My Profile

  2. terbaik tips daripada bro..
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  3. kereta kalau tak dijaga dengan baik..akan mudah untuk rosak
    ENTRI Kakiblog ☛ Blogger Penyampai MaklumatMy Profile

  4. TQ for sharing…saya ni mmg tak reti nak check2 kereta ni..dulu belum kawen, ayah yang tolong checkkan…sekarang cik abang pulak…nampak gaya kene belajar..karang terdesak takde lah tergagap2..hihihi
    ENTRI cksabihah ☛ Aku, Dia KAMI!!My Profile

  5. kereta ni sebagai aset kita, kalau kita nak g mana-mana pakai kereta jugak kan, jadi kereta kenalah jaga dengan baik.
    ENTRI imran ☛ Pameran buku terbesar MalaysiaMy Profile

  6. gitu laa kalo dah ada kereta nih. kena jaga dengan sebaiknya… tak jaga dah tentunya akan meragam… duk merengek mintak kuar duit aje laa jadinya… hehehe
    ENTRI abdfatah ☛ Nak Diskaun? Jom Aktifkan Mykad…My Profile

  7. Sejak dua tiga tahun, semua tu dah tak terjaga sangat, tak macam zaman kegemilangan dulu huhuhu
    ENTRI Alongxp ☛ Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]My Profile

  8. Bab kereta ni.. kalau dah berpuluh tahun.. tandanya nak kena tukar baru.. hehe.. tapi kalau dijaga dengan baik.. InsyaAllah bertahan punya.. Thanx share 🙂
    ENTRI Aretikz ☛ Apa itu SEO? Teknik-teknik Asas SEO Bagi Blogger BaruMy Profile

  9. Saya setuju dengan semua point yang dikongsi di atas. Enjin paling kena jaga.
    ENTRI Adam ☛ Manisnya Cinta di Cappadocia: Nilai peluang keduaMy Profile

  10. bab enjin ni..rajin la jaga.

    tak best bila kena keluar duit bab kereta ni.

    haha..

    banyak kosnya kalau rosak apa-apa.
    ENTRI titan ☛ IKR Gathering 2014.My Profile

  11. servis tu yang penting.part part penting tu kena jga, insyallah elok le jadinya 😀
    ENTRI reezluv ☛ Belajar Gitar – Layan Lagu Canon RockMy Profile

  12. Saya ni pandai bawak je.. bab2 servis serah kat cik abang.
    ENTRI Fyda Noh ☛ Kaedah Perancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu Elak Anak BerderetMy Profile

  13. bagus tips ni, cuma part parking tempat berbumbung tu, tak dapatlah nak buat. rumah atas awan, hehehe.
    ENTRI Suriya ☛ Giveaway Blog 2014 Paling Fun & Hadiah MenawanMy Profile

  14. kalau rosak satu bahagian, boleh melarat ke tempat lain.
    ENTRI Ikhwan Fahmi ☛ Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29My Profile

  15. Tayar tu kena selalu check, pastikan tekanan angin yang sesuai. Bab enjin-enjin ni tak reti sangatlah. 🙂

    1. Bab enjin biasa saya cek kalau ada bunyi yg pelik2, minyak kena servis ikut jadual-jgn selalu sangat tuakr brand minyak, dan cek jika ada lelehan minyak kat enjin…

  16. Salah satu ilmu mudah menjaga kereta ialah ingat bersama-sama formula ni..jaga segala macam perkara yg namanya air dan jaga segala macam perkara yang namanya minyak.
    ENTRI Angah Low Profile ☛ SEJARAH PENCIPTAAN KERETAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2017 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme