Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Smartphone Lenovo Vibe X Tak Dapat On

Smartphone Lenovo Vibe Tak Dapat On  | Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku pernah ceritakan yang aku beli smartphone di lazada.com.my. Boleh baca entri Pengalaman Membeli Belah di Lazada Malaysia.

Sebenarnya membeli smartphone online ni ada kebaikkan dan keburukkannya. Tidak kira sama ada kita beli di lazada atau tempat lain. Antara kebaikkannya ialah kita boleh membeli smartphone dengan harga yang rendah. Dan kos untuk kita servey samrtphone di beli pun berkurang. Masa jimat duit pun jimat.

Cuma bagi aku, masalahnya ialah apabila smartphone yang dibeli masih dalam warranty. Lagi menjadi masalah apabil smartphone yang dibeli adalah AP. Smartphone AP ni bermakna ia cuma ada warranty kedai tempat kita beli smartphone. Lainlah kalau kita beli smartphone original. Boleh hantar di mana-mana pusat servis. Tak kira di mana kita berada. Antara AP dan Ori ni yang bezanya pada warranty sahaja.

Smartphone Lenovo Vibe Tak Dapat On

Balik pasal Lenovo Vibe X yang aku beli kalau tak silap dalam pertengahan bulan Ogos. Smartphone lenovo memang murah.

Smartphone Lenovo

Lenovo Vibe X Bersedia Di Post

Antara sebab aku tertarik dengan Lenovo Vibe X ini adalah designnya yang nipis. Memang cantik bila di padang. Dan aku juga tertarik dengan RAM Lenovo Vibe X ni iaitu 2GB. Memang besar jika dibandingkan dengan smmartphone yang setaraf dengannya. Dan faktor ketiga aku suka dengan lenovo vibe x ni kerana ia menggunakan skrin gorilla glass. Tidak calar. Aku dah cuba gosok menggunakan paku, kunci, gunting dan pisau. Memang tidak calar.

Cuma apa yang kurang menarik ialah kapasiti bateri cuma 2000Mah sahaja. Memang kurang sesuai dengan smartphone yang saiz skrinnya 5″.

Dan paling aku kecewa, smartphone ni lepas sahaja 3 bulan, ia mengalami masalah tidak dapat di ‘ON’. Mula-mula ingatkan disebabkan kehabisan bateri. Rupanya memang tidak dapat di ‘on’. Tambahan pula ia juga tidak dapat di cas semula.

Mulanya ingatkan masih ada warranty, sebab di sana kad warranty tertulis warranty 2 tahun. Tapi bateri cuma warranty 3 bulan sahaja. Dan hantar kat kedai di Selangor, smartphone ini aku beli di lazada malaysia. Bila rosak aku tak hantar dengan pihak lazada. Aku hantar terus di kedai yang jual smartphone ni di lazada.

Setakat ini layanan memang bagus dan aku puas hati dengan servis yang diberikan. Walaupun aku terpaksa bayar RM90 untuk membaiki kerosakkan smartphone lenovo. Kini aku menunggu lenovo vibe x ini dibaiki dan kembali ke pankuan tuanya di Sarawak.

Lupa nak beritahu kos untuk aku menghantar smarphone lenovo vibe x ini menggunakan perkhidmatan G-Dex ialah RM48.00 dengan berat hampir 200gram. Bila semak di internet kos cuma RM28.00 sahaja.Adakah aku tertipu ? Mungkin bukan rezeki aku kot. Redha jelah.

Untuk kos penghantaran semula ke Sarawak. Jika mengikut perbualan aku dengan gadis bersuara lunak hari tu, kos penghantaran semula akan di tanggung oleh Syarikat.

Kesimpulan

Ada kawan-kawan aku tanya, smartphone jenama apa yang bagus ? Agak sukar juga nak jawab. Boleh baca entri 5 Tips Memilih Smartphone Yang Bagus.

Kadang-kadang beli smartphone bergantung dengan nasib juga. Beli yang jenama tidak terkenal pun boleh guna lama. Beli yang mahalpun kadang-kadang tak sampai setahun guna dah rosak juga. Yang penting beli apa yang mampu.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

5 Comments

Add a Comment
  1. Kos pengangkutan ke Sarawak menggunakan perkhidmatan Gdex bergantung kepada berat dan lokasi. . Kalau lokasinya agak pedalaman, kos penghantaran lebih mahal berbanding pos laju… kalau pos barang ke Sabah dan Sarawak disyorkan guna pos laju. Harga lebih munasabah .
    ENTRI anuar ☛ Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

    1. Rasanya sekarang pos malaysia dah melarang pengiriman barang seperti hanphone dan power bank ke Sabah dan sarawak.
      ENTRI Wira Merah ☛ Strategi Rubiks Cube Untuk SEOMy Profile

  2. kenapa tak beli kat sibu sahaja bro..pilihan banyak
    ENTRI Kakiblog ☛ Halangan Untuk BlogwalkingMy Profile

  3. kos penghantaran ke sabah dan sarawaka memang mahal
    ENTRI blogger lelaki ☛ Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  4. Berat gak kes ni… sebab tu kalau saya la beli barang online, warranty bukan satu benda yang saya pentingkan, yang penting murah hehehehe
    ENTRI Alongxp ☛ Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme