Wira Merah

Personal | Blogging | Teknologi | Review | Advertorial

Yahoo ! Post Pertama Saya di Wira Merah

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah hari ini blog Wira Merah ini berjaya dilancarkan. Jadi dengan ini rasmilah blog Wira Merah berada di pentas online bagi memeriahkan lagi dunia blogging Malaysia aka blog Bahasa Melayu.

Agak pening juga kepala untuk memilih nama domain untuk blog ini. Rasanya senang lagi nak cari nama anak. Nama anak banyak panduan yang ada tunggu nak pilih nama mana yang sesuai dan mempunyai maksud yang baik. Beberapa nama telah dipilih dan disenaraikan untuk mencari nama domain yang terbaik pada pendapat aku sendiri.

Setelah mengambil kira beberapa faktor nama Wira Merah di pilih sebagai domain yang sah. Wira Merah adalah merupakan kereta Wira SE milik saya yang berwarna merah. Saya memilih nama ini kerana ia sangat dekat secara peribadi dengan saya. Lagipun ini adalah merupakan blog peribadi.

My Wira Merah

Secara dasarnya nama Wira Merah ini memang tidak ada kaitan dengan mana-mana hero yang ada dekat muka bumi ini. Ia juga tidak berkaitan dengan mana-mana pasukan bola sepak, hoki, ahli gusti, pasukan Tatu Wira Merah ATM atau mana-mana persatuan.

Wira Merah ini mengambarkan satu kejayaan kepada saya. Kejayaan paling seronok yang saya rasa apabila kereta ini menjadi hak milik penuh. Maknanya habis bayar, tiada lagi pinjaman bank. Dan dengan nama Wira Merah ini saya berharap ia dapat memberi saya satu lagi semangat dan kejayaan dalam dunia online. Antara impian, angan-angan dan cita-cita saya dalam dunia online terutama blogging belum lagi berjaya.

Setelah memilih nama domain, saya memilih ‘Hidup Mesti kacak’ sebagai tagline blog ini. “Wira Merah – Hidup Mesti Kacak”. Hidup mesti kacak ini pula saya ambil dari kata-kata dalam ‘Tamil Movie’ tajuk cerita saya tak ingat. Tapi ia mengisahkan beberapa orang pencuri dan penipu yang cuba untuk mengubah hidup orang lain menjadi kaya. Di antara kata-kata nya ialah ” Orang lelaki yang mempunyai keyakinan dan keberanian akan nampak lebih kacak”. Lebih kurang macam inilah maksudnya. Jadi saya ringkaskan menjadi “Hidup Mesti Kacak”. Jadi anda tafsirkan sendiri tagline ini dari perspektif anda.

Saya rasa ini cukup sebagai pengenalan kepada blog ini. Dan saya sangat berharap rakan-rakan blogger yang lain dapat memberi bantuan, semangat dan ringan-ringankan jari meninggalkan komen. Semoga ikatan persahabatan dapat dieratkan lagi dengan hobi berblog ini. Terima kasih kerana sudi baca sehingga habis.

The Author

Wira Merah

Terima kasih sudi singgah di blog Wira Merah ini. Semoga artikel yang ada di blog ini bermanfaat untuk anda. Segala kerosakkan dan kerugian akibat dari penggunaan artikel di sini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jangan lupa tinggalkan komen anda, Kunjung mengunjungi amalan mulia. Eratkan persaudaraan sesama kita. Hidup Mesti Kacak .

14 Comments

Add a Comment
  1. Salam perkenalan buat wiramerah. semoga wiramerah sukses akan datang, insyaAllah.
    ENTRI Denaihati ☛ WordPress Master Class dan Insentif bulananMy Profile

    1. Terima kasih denaihati kerana sudi singgah di sini. Dan menjadi orang pertama meninggalkan komen di wiramerah.

  2. haha..ok la tu. Apapun, good luck bro!
    ENTRI titan ☛ Jobdirumah Payment – Kali ke 68My Profile

    1. Tq, bro. Sudi singgah.

  3. psttt.. kacak kacak gak, aweks dah ada belum?
    ENTRI encikarman ☛ Cara Senang Redeem Treatpoint Maybank – Lenovo A706My Profile

    1. Anak dah 3 bro.. tapi masih ada kosong lagi.

  4. Wahhh baru lagi ke?emm ingtkan dah lama..ke ada blog lain?mana tahu saya kenal blog yang satu lagi..haha..kereta jugak jadi panduan..hehe
    ENTRI Hafizul ☛ Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

    1. Blog baru bro. Yang tu cari sendri he..he..he..aku sayang kereta ni bro. 9 tahun guna masih kacak lagi.

      1. Wahhh ni macam encik titan gok..rahsia membuatkan diri menjadi lebih kacak..hahaha..
        ENTRI Hafizul ☛ Surat Cinta PiahMy Profile

  5. hidup mesti sentiasa kacak 🙂 salam kenalan bro 🙂
    ENTRI pahan ☛ Bagaimana Mengurus Lawatan Tahun Enam Ke Kuching, SarawakMy Profile

  6. semoga terus sukses bro..
    ENTRI kakiblog ☛ Segmen Inspirasi JutawanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

✦ Copyright © 2013 - 2015 | Follow Google+ Wira Merah Frontier Theme